Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Seminar Pindaan Akta Akta Perburuhan Anjuran ILO / MTUC
MTUC dengan kerjasama ILO Malaysia sedang menganjurkan seminar selama 3 hari untuk mengupas draf perbincangan Jawatankuasa Teknikal ke atas Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Mahkamah Rayuan Pekerjaan dan mengkaji semula Tatakelakuan untuk Harmoni Industri untuk memasukkan cabaran-cabaran yang ada sekarang dalam pekerjaan.
Majlis perasmian seminar ini telah dirasmikan oleh Dato Halim Mansor, Presiden MTUC. Dibantu oleh Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdri A Karuna, Ahli Majlis Am MTUC, Encik Raghwan, Fasilitator ILO, Encik Alain Pelce, Pakar ILO ILS dan Ms Dominique, ILO KL.
25 peserta dari pelbagai Kesatuan seperti Genting Malaysia, KESUKA, EIWU, Northport, AIROD, CEUPM, NUPCIW, AMCO, KPPP Bekalan Air PP, FIEU, UPCW, AMESU, MNU, MTUC Sarawak, Johor Textile, NUTP, EIEU Northern dan MTUC Bahagian Sabah menghadiri seminar ini.
Dato Halim Mansor semasa ucapan pembukaannya, mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menghadiri seminar ini dan mengucapkan terima kasih kepada ILO atas sokongan berterusan ke atas projek LLR di Malaysia dan bekerjasama dengan MTUC. Adalah sangat penting bahawa semua pekerja di Malaysia dan Kesatuan Sekerja sepenuhnya memahami fungsi Pindaan Akta Akta Perburuhan. Melihat kembali sejak bertahun-tahun bagaimana MTUC telah berjuang selama bertahun-tahun untuk memperbaharui undang-undang. Walau bagaimanapun, kami telah mencapai kejayaan dalam beberapa pembaharuan undang-undang seperti Gaji Minimum, Skim Insurans Pekerjaan dan baru-baru ini PERKESO yang meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing di Malaysia. Beliau juga sangat bangga dengan pencapaian dan kisah kejayaan MTUC MRC yang membantu pekerja migran yang bekerja di Malaysia. Pada akhir ucapannya, beliau berharap semua peserta akan memberikan pandangan dan cadangan terbaik mereka sepanjang seminar 3 hari ini.
MTUC juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan semua ahli gabungan dan orang ramai untuk berkongsi pendapat kami dan mendapatkan maklum balas supaya LLR ini inklusif.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com