Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Keprihatinan MTUC dalam memastikan semua ahli kesatuan gabungan diberikan penambahan ilmu terus dijalankan dengan menganjurkan kursus selama 3 hari bermula dari 23 Julai 2019 hingga 25 Julai 2019 di Pusat Latihan MTUC, Aras 7, Wisma MTUC. Seramai 46 peserta kesatuan sekerja dari pelbagai sektor menghadiri kursus tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh Presiden MTUC, Dato Abdul Halim Mansor. Antara pegawai MTUC yang hadir ialah Setiausaha Kewangan MTUC, Sdra Effendy dan juga pemudahcara program ini merangkap Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdra K Soma. Hari pertama kursus ini disampaikan oleh Presiden MTUC dengan membentangkan topik yang bertajuk, “Hubungan Industri di Tempat Kerja – Memahami Cara Beroperasi.”
Peserta tidak melepaskan peluang untuk sering mengajukan pelbagai soalan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang pentadbiran kesatuan.
MTUC juga menjemput Encik Ahmad Kamal, Pengarah JPP, Putrajaya untuk membentangkan topik mengenai peranan dan tanggungjawab Kesatuan dan juga wakil pekerja.
Sdri Karuna, Timbalan Setiausaha Agung NUBE dan juga merupakan Ahli Majlis Am MTUC juga turun padang dan membantu dalam meningkatkan pengetahuan peserta dengan membentangkan topik yang bertajuk “Tindakan Displin-Cara Cara Menjawab Surat Tunjuk Sebab” yang juga merupakan pemudah cara bagi kerja kumpulan dari peserta.
Kursus 3 hari yang dianjurkan oleh MTUC bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan semua peserta dalam membantu ahli-ahli dalam kesatuan masing-masing lebih lebih lagi berkenaan dengan Hubungan Industri dan Siasatan Dalaman.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung, Sdra J Solomon yang menyampaikan sijil tamat kursus. Sebelum majlis berakhir, Sdra J Solomon sempat memberikan peringatan kepada semua peserta agar menggunakan segala pengetahuan yang mereka pelajari selama tiga hari ini untuk membantu ahli kesatuan masing-masing dengan lebih berkesan untuk melindungi anggota kesatuan yang berterusan dibuli di tempat kerja.
Sdra J Solomon juga mengingatkan kepada semua peserta dan pemimpin kesatuan sekerja untuk hadir ke MTUC pada hari Sabtu ini bermula jam 9.30pagi hingga 5.30petang untuk turut serta dalam memberikan cadangan ke arah perbincangan meja bulat Pindaan Akta Perburuhan yang lebih berkesan.
Perbincangan meja bulat ini sudah tentu akan membantu semua peserta dan pemimpin kesatuan sekerja untuk memahami Akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan lebih baik dan berharap dapat bertemu dengan semua peserta pada Sabtu 27 Julai 2019 ini.
Sdra J Solomon juga mengucapkan terima kasih kepada Sdra K Soma yang telah membuat tinjauan dan mengenal pasti kursus-kursus yang diperlukan untuk pemimpin kesatuan sekerja dari gabungan MTUC.
Kepimpinan MTUC pada hari ini telah memastikan bahawa tugas kami adalah untuk mendidik sebanyak mungkin pemimpin Kesatuan Sekerja supaya mereka lebih bersedia untuk melayani ahli yan g telah menjadi mangsa oleh pihak pengurusan yang tidak bertanggungjawab.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com