Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Khadijah Saad, 55, dari Kampung Sungai Durian, dekat sini, berkata masalah
itu bukan saja menimpanya, malah turut membabitkan 100 pekerja lain di kilang
berkenaan.

Dia mula bekerja di kilang itu sejak 1991 dan mendakwa masalah berkenaan mula
berlaku selepas Jun 2003 walaupun dalam slip gaji ada dinyatakan jumlah potongan.

Katanya, selain dirinya, kira-kira 100 rakan sekerjanya turut mengalami masalah
sama apabila majikan gagal membuat caruman pada bulan terbabit.

“Caruman KWSP yang sepatutnya dipotong pada Ogos 2003 hingga Disember
2004 dan dari April hingga Oktober 2005 tidak dilakukan pengurusan kilang memang
membingungkan saya.

“Semua tunggakan yang tidak dicarum majikan itu berjumlah antara RM2,000
hingga RM3,000 seorang,” katanya yang memperolehi pendapatan bulanan sebanyak
RM532.60.

Katanya, jumlah potongan sepatutnya dicarum dengan KWSP ialah antara RM40 hingga
RM60 sebulan mengikut pendapatan bulanan.

“Jumlah keseluruhan tunggakan yang sepatutnya dicarum majikan dalam akaun
KWSP saya ialah kira-kira RM2,585.00 yang belum dijelaskan hingga kini,”
katanya.

Khatijah berkata, dia mengetahui masalah itu ketika membuat semakan dengan
pejabat KWSP di Sungai Petani walaupun dalam penyata slip gaji tercatat jumlah
potongan dibuat.

Menurutnya, dia pernah mengajukan masalah itu dengan pengurusan kilang beberapa
kali, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan bagi menyelesaikan masalah
berkenaan.

“Saya bersama rakan lain sudah membuat aduan di Pejabat Buruh Sungai Petani
pada Mei tahun lalu dan semua pekerja hadir kecuali majikan,” katanya yang
sudah berhenti kerja selepas van yang sepatutnya mengambilnya setiap hari gagal
berbuat demikian.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com