Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
LONDON: Harga pengguna British mencatatkan kenaikan pada paras terpantasnya bulan lalu sejak Jun 2014 dan bersedia untuk melonjak lebih tinggi dicetuskan oleh harga minyak global yang lebih tinggi dan pasca-Brexit menyebabkan kejatuhan teruk pound, lapor data Selasa lalu. Harga pengguna itu meningkat 1.8 peratus berbanding tahun lalu meneruskan momentum 1.6 peratus pada Disember dan dirangsang oleh harga pengilangan yang turut melonjak lebih 20 peratus. Bank England (BoE) menjangkakan inflasi akan menjejaki 2.7 peratus menjelang akhir tahun dengan kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan ia akan melangkaui melebihi tiga peratus sekali gus menguji keputusan BoE untuk mengekalkan kadar faedah di bawah sifar. Inflasi yang lebih kukuh akan memberi tekanan kepada kuasa belanja isi rumah British yang setakat ini menjadi penyokong ekonomi selepas kejutan undian Jun lalu untuk meninggalkan kesatuan Eropah. Sterling turut jatuh di bawah AS$1.25 dan harga bon berdaulat kerajaan naik selepas bacaan inflasi Januari di bawah jangkaan kepada 1.9 peratus daripada kenaikan tahunan berdasarkan undian ekonomi di Reuters. Bahkan, industri pengilangan turut berdepan dengan tekanan selepas kenaikan mendadak harga sejak September 2008 apabila kos bahan mentah naik. – Reuters
Read More @ http://www.bharian.com.my/node/248476
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com