KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA

KAJIAN GAJI MINIMUM

42 maklumat dari Kesatuan-kesatuan Sekerja telah diterima oleh MTUC dari pelbagai industri. Keterangan kaji selidik mengenai gaji minimum telah diperolehi dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Hasil penelitian kesemua borang kajiselidik mengambarkan kenyataan berikut:

 

Terendah

Tertinggi

Pulau Pinang     

318

585

Kedah  

400

623

Perak

338

520

Kuala Lumpur

273

592

Selangor

300

740

Melaka

416

479

Negeri Sembilan

450

610

Johor   

300

724

Kelantan

400

500

Terengganu

500

500

Pahang

510

540

Sabah  

310

692

Sarawak

384

825

Berdasarkan jadual di atas didapati bahawa gaji minimum yang terendah adalah di Kuala Lumpur iaitu sebanyak RM273 ( diterima oleh Pekerja Felda Trading Sdn.Bhd) dan tertinggi adalah RM825 (diterima oleh Pekerja Shell Petroleum di Sarawak).

Berbanding dengan keseluruhan tangga gaji menunjukkan 46.2% adalah tangga gaji yang berada pada paras RM300, 30.8% pula pada tangga gaji bagi RM400, 15.4% adalah tangga gaji untuk RM500 dan selebihnya sebanyak 7.6% adalah pada paras RM200.

Berbandingan bagi setiap negeri pula dapat diperjelaskan sedemikian;

Bagi negeri Pulau Pinang dari 17 skala gaji yang diterima, tangga gaji yang paling rendah adalah bernilai RM318 dan tertinggi RM585. Purata skala gaji bagi Pulau Pinang berada pada paras RM400 iaitu sebanyak 82.4%. Manakala selebihnya berada  pada paras RM300 dan RM500.

Skala Gaji

Peratus

RM500

5.8%

RM400 

82.4%

RM300

11.8%

 

100.00

Kedah –Dari 5 skala gaji yang diterima, gaji yang terendah ialah RM400 dan RM623 adalah gaji yang tertinggi. Purata skala gaji bagi Kedah berada pada paras RM400 iaitu sebanyak 60% dan selebihnya 20% pada paras RM500 dan 20% lagi pada paras RM600.

Skala Gaji

Peratus

RM600

20%

RM500 

20%

RM400

60 %

 

100.00

Perak- Dari 6 skala gaji yang diterima  gaji yang terendah bernilai RM338 dan tertinggi adalah RM520. Purata skala yang diduduki oleh Perak adalah RM400 iaitu sebanyak 67%. Manakala tangga gaji bagi paras RM300 dan RM500 masing-masing adalah sebanyak 16.5%.

Skala gaji

Peratus

RM500 

16.5%

RM400

67%

RM300 

16.5%

 

100.00

Kuala Lumpur- Skala gaji bagi Kuala Lumpur yang diterima adalah 20. Daripada 20 skala gaji yang diterima didapati gaji yang terendah adalah RM273 malah ia merupakan skala gaji yang terendah di Malaysia. Manakala gaji yang tertinggi ialah RM592. Sebanyak 40% daripada gaji yang diterima berada pada paras RM400, 35% pula berada pada  paras gaji RM500 dan hanya 10% yang menerima lebih RM600.Walaupun terdapat gaji melebihi paras RM600 sebenarnya ia merupakan gaji yang diterima oleh kakitangan atasan iaitu pegawai. Malah gaji untuk buruh am masih di bawah paras RM600.

Skala gaji

Peratus

RM600+

10%

RM500

35%

RM400

40%

RM300

10%

RM200

5%

 

100.00   

Selangor- 46 skala gaji yang diterima daripada pelbagai kategori industri. Gaji yang terendah adalah RM300 dan tertinggi adalah RM740. Purata skala gaji pada tangga gaji RM500 ialah sebanyak 45.7%; manakala 30.4% pula pada tangga gaji RM400 dan 17.4% sahaja yang melebihi skala gaji RM600. Tangga gaji keseluruhan yang diduduki oleh Selangor adalah RM400 hingga RM500 iaitu lebih kurang 76.1%. Skala gaji yang melebihi RM600 mewakili nilai sebanyak 17.4% yang diterima oleh Pegawai jabatan hasil dalam negeri; ia bukan mewakili buruh am.

Skala Gaji Peratus
RM600+    17.4%
RM500    45.7%
RM400   30.4%
RM300  6.5%
 100.00

Melaka- Bagi negeri Melaka pula skala gaji yang diperolehi hanya dua sahaja. Kedua-dua skala tersebut berada pada tangga RM400.

Skala Gaji
RM400  100%

Negeri sembilan- Daripada 8 skala gaji yang diterima, gaji yang terendah adalah RM450 dan gaji yang tertinggi adalah RM610. Keseluruhannya 50% daripada skala gaji tersebut berada pada paras RM400 dan 37.5% pula berada pada paras RM500 dan selebihnya berada pada paras RM600.

Skala Gaji  Peratus
RM600+   12.5%
RM500 37.5%
RM400  50%
100.00

Johor-24 skala gaji telah diperolehi dari negeri Johor. Gaji yang terendah adalah RM300 dan tertinggi adalah RM724. Tangga gaji yang berada pada paras RM300 adalah sebanyak 33.2%, manakala pada paras RM400 pula ialah 25% dan RM500 pula sebanyak 21%. Keseluruhanya Johor masih berada pada paras RM300 hingga RM400. Bagi negeri Johor skala gaji yang diterima pada paras RM600 adalah 20.8%; kesemua skala yang tinggi ini diterima oleh pekerja yang terlibat dalam industri perkayuan sahaja.

Skala Gaji  Peratus
RM600+  20.8%
RM500  21%
RM400 25%
RM300  33.2%
100.00

Kelantan-Bagi negeri Kelantan pula hanya 2 skala gaji yang diterima. Kedua-dua skala tersebut ialah RM400 dan RM500.

Skala Gaji 

Peratus

RM400  50%
RM500 50%

Terengganu-Hanya 3 skala yang diterima. Ketiga-tiga skala tersebut berada pada paras RM500 tepat.

Skala Gaji Peratus
RM500  100%

Pahang-2 skala gaji yang diterima. Kedua-dua skala tersebut berada pada tangga RM500.

Skala Gaji  Peratus
RM500 100%

Sabah- Dari 4 skala gaji yang diterima hanya satu sahaja yang berada pada paras RM300; malah 3 lagi berada pada paras RM600. 75% berada paras gaji RM600; ini mewakili skala gaji untuk pegawai bank.

Skala gaji  Peratus
RM300  25%
RM600     75%
100.00

Sarawak-Bagi Sarawak pula daripada 4 skala gaji yang diterima, gaji yang terendah ialah RM384 dan gaji yang tertinggi ialah RM825. Hanya 25 peratus yang mewakili gaji kurang dari RM600 malah selebihnya adalah melebihi paras RM600. Bagi Sarawak  skala gaji yang  tinggi ini mewakili gaji pegawai bank dan pekerja-pekerja shell Petroleum.

Skala gaji Peratus
<RM600  25%
>RM600  75%
100.00

Keseluruhan kajian memberi gambaran bahawa tingkat gaji yang diterima adalah tinggi untuk paras RM400 dan RM500 bagi keseluruhan negeri di Malaysia. Walaupun terdapat angka yang menunjukkan peratusan tinggi untuk paras gaji RM600 namun ia hanyalah mewakili gaji untuk pegawai bukannya memberi gambaran bagi buruh am.

Disediakan oleh,

Jabatan Penyelidikan MTUC

30 Mei 2000