Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 15 Julai – Jabatan Audit Negara mengesan berlakunya manipulasi dan penipuan di dalam Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) untuk meluluskan kuota pekerja asing sehingga menyebabkan negara kehilangan hasil yang banyak.
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan kuota diwujudkan kepada 123 syarikat untuk membawa pekerja asing adalah kelulusan palsu.
Ujarnya, seramai 21,378 pekerja asing daripada 32,424 kuota yang diwujudkan secara tidak teratur dan mendapat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
“Anggaran perkiraan audit bayaran levi kali pertama sepatutnya dapat dikutip bagi 21,378 pekerja asing ini adalah RM24.55 juta, bagaimanapun ia satu kehilangan hasil kepada kerajaan disebabkan wujud dan kelulusan kuota tidak teratur dan mungkin berlaku penipuan bagi kelulusan itu.
“Pihak audit meneliti maklum balas daripada Jabatan Imigresen dan berdasarkan analisis terhadap data myIMMs, berlaku manipulasi dan kemungkinan ‘fraud’ dalam sistem myIMMs bagi kelulusan kuota pekerja asing yang memerlukan siasatan segera diambil,” kata laporan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE
Source: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/myimms-dimanipulasi-1.937234
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com