Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
25 Ogos 2020, Wisma MTUC
MTUC meneruskan usahanya dalam memastikan pembangunan pendidikan dan perkongsian ilmu kepada semua ahli kesatuan gabungan diterapkan melalui kerjasama dengan Solidarity Center berjaya menganjurkan Forum Cabaran Belia & Strategi Belia-Pasca COVID 19 dan Latihan Kepimpinan & Organizing Belia dan Wanita.Di antara barisan panelis yang hadir dalam forum ini adalah Encik M. Vijay dari SEGI College bersama pegawainya, Encik Sathiyan dan Encik Koh TK.. Manakala panelis kedua ialah Saudara Hashim-Pemangku Belia MTUC. Seramai 15 peserta lelaki dan 3 wakil wanita dari pelbagai kesatuan sekerja turut hadir sebagai peserta program tersebut. Saudara Zul Thye selaku Pengerusi Majlis dan juga moderator di dalam forum tersebut turut di bantu oleh Saudara Rudy sebagai tenaga pengajar bagi sesi kedua dan juga Saudara Fitri Amzah.
Program ini diteruskan dengan pembentangan dari Encik Vijay, Bahagian Bantuan Pelajar. Beliau telah memulakan pembentangan dengan menerangkan fungsi dan peranan SEGI College yang boleh membantu golongan pekerja khususnya golongan belia. Kolaborasi yang telah persetujui bersama MTUC dan telah ditandatangani pada 15 Julai 2020 yang lalu telah banyak memberikan faedah kepada pekerja dalam aktiviti Cross Over program bersama MTUC. Dalam memastikan golongan pekerja yang telah dibuang kerja dibantu dengan sebaiknya, Encik Vijay telah menerangkan bahawa, pihak SEGI College boleh membantu pekerja dalam persedian menyiapkan resume kerja, cara temuduga yang efektif dan pelbagai lagi tawaran pendidikan yang tertentu secara percuma.
Saudara Hashim, pemangku Belia MTUC pula mengingatkan kepada semua pemimpin kesatuan yang hadir betapa pentingnya semua ahli kesatuan khususnya golongan belia memahami dan sedar tentang hak sebagai seorang pekerja. Perkongsian ilmu amat penting bagi semua pemimpin kesatuan dalam memastikan semua ahli kesatuan masing-masing aktif dalam tadbir urus kesatuan mereka. Beliau turut menceritakan pengalamannya selama ini sebagai seorang pemimpin kesatuan yang boleh dijadikan ikthibar kepada semua yang hadir.
Sesi soal jawab berjalan dengan baik di mana semua peserta memberikan kerjasama dan amat aktif dalam memastikan mereka menimba ilmu dari forum tersebut. Di antara cadangan menarik yang dikemukakan semasa sesi forum ini adalah mencadangkan kerjasama MTUC dan SEGI College untuk mengadakan satu program pembelajaran berkenaan dengan Undang-Undang Perburuhan yang formal dan diberikan pertauliahan secara rasmi kepada pemimpin-pemimpin kesatuan yang berminat mengikuti program ini.
Pada sesi keduanya pula, Saudara Fitri telah menerangkan aktiviti belia yang telah dirancangkan. Projek PERKASA Belia MTUC telah dibentangkan kepada semua yang hadir. Sasaran kempen adalah untuk memperkasakan dan bersatu ke arah belia MTUC yang lebih fokus kepada matlamat, niat dan tujuan. Menurut Saudara Fitri lagi, Belia MTUC perlu bergerak dengan aktiviti dan kerjasama yang progresif dan efektif. Matlamat kempen adalah untuk menambahkan golongan belia yang akan bergerak bersama-sama belia MTUC yang lain.
Saudara Rudy pula telah melengkapkan program ini dengan memberikan latihan berkenaan kepimpinan dan juga cara-cara organizing yang mengikut teknik latihan organizing model ITUC. Kerja secara berkumpulan telah diberikan dan semua peserta perlu memberikan pembentangan berkenaan strategi kempen bagi kumpulan masing-masing.
Program berakhir dengan sesi bergambar secara berkumpulan dengan mengibarkan bendera Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com