Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
YB Datuk Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia
6-9 Blok D3, Komplek D,
Pusat Pentadbiran Kerajan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
YB Datuk,
MEMORANDUM
PEMINDAHAN MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
Adalah dimaklumkan bahawa MTUC tidak setuju dengan pemindahan lokasi baru Mahkamah Perusahaan. Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan juga tidak dapat diterima. MTUC masih merasakan bahawa lokasi kini adalah yang terbaik untuk pekerja-pekerja menghadiri perbicaraan kes mereka.
Lokasi yang sedia ada adalah yang terbaik kepada pekerja-pekerja untuk menghadiri kes atas landasan:
Mangsa pembuangan kerja atau kaum pekerja yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah sukar untuk menghadiri perbicaraan ke lokasi baru ke Bangunan PERKESO, Jalan Tun Razak.
Lokasi sekarang yang bertempat di Kuala Lumpur, Jalan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur amat bersesuaian bagi pekerja Am menghadiri kes berulangkali kerana mempunyai khidmat pengangkutan awam yang kerap.
Manakala di lokasi baru di Ampang kurangnya perkhidmatan pengangkutan awam berbanding dengan lokasi sekarang Mahkamah Perusahaan boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas atau Komuter.
Antara alasan-alasan yang kurang dapat diterima oleh MTUC:
Bangunan warisan
MTUC merasakan bahawa alasan Bangunan lama yang didiami oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) yang merupakan bangunan warisan sejarah yang dibina pada tahun 1905. MTUC merasakan wajar peranan yang dimainkan ini dikekalkan dengan usia yang sudah mencapai 110 tahun, bangunan bersejarah ini telah berjaya menjadi kebanggaan kaum pekerja untuk menghadirkan diri bagi perbicaraan kes-kes mereka bagi mendapatkan keadilan.
MTUC merasakan fungsi dan motif ini harus diteruskan kerana ia mempunyai motif simbolik bagi memberi keadilan kepada kaum pekerja disamping memelihara keaslian seni warisan bangunan terserlah dikalangan pekerja-pekerja yang hadir ke sana.
Bangunan warisan
Yang dipertua juga telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan bagi kerja-kerja menaiktaraf dan pemulihan Bangunan Lama MPM.
Oleh yang demikian MTUC merasakan adalah baik sekiranya peruntukan ini digunakan untuk meningkatkan serta membaikpulih segara kekurangan yang ada termasuk membaikpulih kekangan dalam Pembangunan Sistem ICT serta infrastruktur ICT yang terkini.
Hak milik-Pemilik Tanah
Yang dipertua telah memaklumkan bahawa Pemilik Tanah (Rekod Ketuanpunyaan) bangunan MPM tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa dari tahun 1984. Malah Yang dipertua telah menyatakan bahawa pihak Pentadbiran MPM telah menerima suatu surat pada 15hb Oktober 2015 daripada SUK Negeri Selangor yang mengarahkan Mahkamah Perusahaan Malaysia supaya mengosongkan bangunan yang didiami tersebut selewat-lewatnya pada 30 November 2015.
Persoalan MTUC mengapakah isu ini tidak dimaklumkan kepada MTUC awal lagi dan baru hari ini 12hb Mei 2016, dimaklumkan kepada MTUC. MTUC merasakan ia tidak terima akal dan ada sesuatu ynag ingin dirahsiakan disebalik isu ini.
Halangan kepada Pembangunan Sistem ICT.
Yang dipertua telah memaklumkan bahawa wujudnya kekangan untuk menampung keperluan asas. Sejauh manakah ia benar?
MTUC sedia maklum bahawa baru-baru ini MPM telah memperkenalkan sistem e-filing tanpa sebarang masalah. MTUC merasakan bahawa sekiranya perancangan yang baik dilakukan pembangunan sistem ICT dapat diteruskan dan dilanjutkan kerana ia melibatkan faktor perkembangan infrastuktur ICT dalaman.
MTUC juga sedia maklum bahawa mahkamah telah memperkenalkan teknologi-court(mahkamah teknologi), yang juga melibatkan kos yang tinggi dan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian sebarang pembaharuan boleh dilakukan oleh MPM sekiranya dirancang dan diselenggarakan dengan hemat.
Ruang Letak Kereta
Yang dipertua telah menyatakan bahawa lokasi kini tidak dapat menyediakan ruang letak kereta yang cukup untuk pegawai dan kakitangannya dan juga kepada pelanggannya.
MTUC merasakan bahawa isu ruang letak kereta terhadap pegawai dan kakitangannya ini dapat diselesaikan sekiranya pihak MPM mencari jalan alternative di kawasan sekitar MPM seperti tempat letak kereta di dataran merdeka dan sebagainya.
Manakala pekerja-pekerja yang menghadiri kes di MPM kebanyakannya menggunakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam dan hanya segelintir sahaja yang menggunakan kenderaan sendiri. Isu ruang letak kereta bukanlah suatu isu yang serius dan tidak timbul kepada pekerja yang menghadiri kes di MPM.
Banjir Kilat
Yang dipertua telah memaklumkan bahawa lokasi bangunan lama MPM terdedah kepada banjir kilat di mana banjir teruk telah melanda pada tahun 2004 dan 2007.
MTUC merasakan bahawa alasan ini tidak dapat diterima kerana banjir terakhir yang dinyatakan pada tahun 2007 dan kini sudah melebihi 9 tahun, tiada sebarang malapetaka buruk melanda seperti yang dinyatakan. MTUC merasakan pihak pentadbiran Mahkamah arif dan sudah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian.
Surat Pemilik Bangunan Straits Trading
Yang dipertua telah memaklumkan bahawa menerima sepucuk surat dari Pemilik Bangunan Straits Trading pada 6hb April 2015 berkenaan permohonan untuk mendedahkan Perjanjian Penyewaan Ruang Pejabat kepada bakal pembeli bangunan tersebut.
MTUC sekali lagi tidak puas hati mengapa MTUC hanya dimaklumkan pada 12hb Mei 2016 berkenaan perkara ini? Kenapa ia dirahsiakan sehingga ke hari ini?
Ruang baru yang disenaraikan
Antara lokasi-lokasi dan ruang bangunan yang disenaraikan oleh Yang dipertua, MTUC merasakan bahawa lokasi yang paling sesuai berbanding dengan lokasi yang dipersetujui adalah Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Travers Kuala Lumpur. MTUC amat kecewa kenapa pandangan MTUC tidak diambilkira sebelum keputusan pemilihan dibuat.
Sekali lagi MTUC menyeru YB Datuk untuk mempertimbangkan permohonan MTUC agar memberi kebaikkan kepada semua kaum pekerja. MTUC percaya bahawa YB Datuk akanmengambil kira seruan Perdana Menteri kita:
“RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Bagi Pihak MTUC
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid
Pemangku Presiden
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com