Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Jawatankuasa Teknikal MTUC bermesyuarat hari ini untuk berbincang dan memberikan pandangan berkenaan konsep dan cadangan mesyuarat tripartitie mengenai perubahan yang dicadangkan dalam Pembaharuan Undang-Undang Buruh di Malaysia untuk dikemukakan kepada Kerajaan.
Kami dapat memahami lebih baik dan menghalusi beberapa pemerhatian yang disalahtafsirkan dan ianya adalah satu pertemuan yang membuahkan hasil dan Jawatankuasa Teknikal MTUC dapat memahami dengan lebih baik dan kami telah membuat perubahan dalam pencaturan kami.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh MTUC TC., Naib Presiden MTUC, Sdra Jey Kumar dan dihadiri oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung, Sdra Effendy, Setiausaha Kewangan, Sdr Andrew Lo, Sdr Sivananthan dan beberapa anggota Majlis Tertinggi MTUC dan pihak Sekretariat.
Encik David Welsh dari Solidarity Centre turut menghadiri mesyuarat penting ini untuk memberikan pandangannya.
MTUC akan mengadakan seminar susulan pada 12-14 Mac dalam memuktamadkan pemerhatian bersama Pakar ILO sebelum mengemukakan kepada kesatuan gabungan dan kerajaan.
MTUC juga akan mengadakan jelajah di seluruh negara untuk bertemu dengan kesatuan gabungan dan orang ramai untuk berkongsi pandangan dan mendapatkan maklum balas agar LLR ini inklusif.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com