Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC amat gembira dengan pengumuman khas cuti peristiwa pada 8hb Julai 2016 yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri kepada semua pekerja sektor awam.
MTUC mohon jasa baik YAB Dato Seri sekiranya melanjutkan cuti khas ini dan dapat diberikan juga kepada semua pekerja sektor swasta. Pengumuman ini amat penting supaya semua pekerja dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga mereka di kampung.
Pengumuman ini penting untuk mengeratkan lagi hubungan antara pekerja-pekerja sektor awam dan sektor swasta.
Pengumuman ini dapat memenuhi aspirasi dan Gagasan 1Malaysia.
MTUC menyeru jasa baik YAB Dato’ Seri Perdana Menteri memberi pertimbangan terhadap perkara ini.
Sekian terima kasih.
N. GOPAL KISHNAM
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com