Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC amat dukacita dengan laporan Menteri Sumber Manusia pada 11hb November pada Bernama berkaitan dengan pekerja asing yang disiarkan sejak peristiwa tanah runtuh di Cameron Highland.
Laporan dua bulan terdahulu menyebut bahawa, dari 5.8 juta pekerja asing, hanya 2.9 juta yang mempunyai dokumen sah dan selebihnya 2.9 juta pula adalah pekerja yang tidak mempunyai dokumen secara sah. Malah laporan terkini pula menyatakan 6.7 juta pekerja asing dinegara ini dengan hanya 2.1juta yang memiliki dokumen secara sah. MTUC berpendapat bahawa pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah adalah melebihi dari angka yang diunjurkan oleh kerajaan. Persoalan MTUC, siapakah yang bertanggungjawab?
Bukankah kerajaan, terutamanya Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kelulusan kepada lebih dari 260 agensi untuk membawa masuk pekerja-pekerja asing ini. Malahan agensi-agensi ini mempunyai pertalian yang rapat dengan pegawai-pegawai kerajaan dengan memberi kelulusan dengan segera dan memperolehi keuntungan yang besar melalui urusan membawa masuk pekerja asing ke negara ini yang menjurus kepada perlambakan pekerja asing di merata tempat di negara ini.
Di samping itu semenjak tahun 90-an lagi majikan menggunakan pelbagai taktik dan muslihat seperi VSS-Pemberhentian secasa sukarela (Voluntary Separation Scheme And Retrenchment) dan MSS (Mutual Separation Scheme) bagi menyingkirkan pekerja-pekerja tempatan dari kerja mereka dan digantikan dengan pekerja asing dengan kadar bayaran gaji yang amat rendah.
Dalam tempoh masa ini, banyak kesatuan telah membuat laporan mengenai sikap yang tidak beretika majikan kepada Menteri Sumber Manusia sebagai pertikaian perusahaan, namun apa yang amat mengecewakan ialah kes-kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan. Pandangan mereka pula ialah entiti perniagaan mempunyai hak mutlak untuk menyusun semula perniagaan mereka dengan membelakangkan serta menidakkan sebarang keselamatan dan kebajikan yang tertera dalam sistem kontrak.
Walaupun Menteri menggesa majikan untuk memberi kenaikan gaji yang munasabah kepada pekerja-pekerja tempatan namun Menteri harus sedar bahawa Mahkamah Perusahaan sememangnya berada di bawah kuasa kementeriannya, juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal kenaikan gaji pekerja tempatan.
Ini jelas di mana apabila Mahkamah Perusahaan dengan majoriti kes yang dirujuk untuk timbang tara atau penyelesaian menggunakan formula yang dikenali sebagai Formula Harun (Harun Formula) di mana hanya memberi 2/3 daripada Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh tiga tahun terdahulu sebagai pelarasan gaji. Adakah Formula Harun masih relevan dengan keadaan semasa memandang kenaikan harga barangan dan inflasi di Malaysia berada pada para melebihi 3 peratus setahun. Bagaimana dengan pengenalan GST sebanyak 6 peratus pada tahun 2015?
Malah sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend di kalangan majikan bahawa mereka lebih suka untuk merujuk kes-kes Perjanjian Kolektif ke Mahkamah Perusahaan dan bukannya berunding terus dengan Kesatuan Sekerja. Fenomena ini telah melemahkan lagi kuasa tawar-menawar kesatuan sekerja.
MTUC mohon kerjasama semua kementerian yang terlibat supaya bekerjasama dalam menangani perkara yang amat serius ini supaya rakyat terutamanya golongan pekerja menjalani kehidupan yang aman dan adil dalam mengharungi ekonomi negara yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Laungan Perdana Menteri “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” sememangnya dapat direalisasikan sekiranya hasil titik peluh kaum pekerja yang mencurahkan tenaga demi pembangunan negara dihargai secara wajar dan adil. Kebajikan dan kesejahteraan Pekerja tempatan perlu diutamakan bukan dianaktirikan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik N. Gopal Kishnam di talian 019 3174717
Sekian terima kasih.
PEKERJA BERSATU RAKYAT MAJU
N. GOPAL KISHNAM
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com