Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
29 Julai 2020
Wisma MTUC-Subang Jaya
Majlis Penyerahan Memorandum Sokongan kepada MTUC Berkenaan Moratorium.
Satu Majlis penyerahan Memorandum sokongan berkenaan lanjutan Moratorium sebagai tanda sokongan kepada MTUC telah diadakan pada hari ini di Wisma MTUC.
Sokongan ini diterima daripada pekerja-pekerja Industri Penerbangan iaitu salah satu Industri yang terkesan teruk dengan pemberhentian kerja. Mereka mengambil langkah ini apabila mengahadapi kesukaran setelah pihak syarikat masing-masing menamatkan perkhidmatan mereka dengan alasan kewangan akibat pandemik Covid – 19.
Mereka menyatakan bahawa langkah ini adalah salah satu tindakan sementara yang perlu digerakkan bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan komitmen yang perlu dibayar jika Moratorium yang diumumkan oleh Kerajaan tidak dilanjutkan.
Justeru, pada 8 Julai 2020 yang lalu, satu kaji selidik ‘Survey’ telah dilakukan oleh mereka melalui ‘Google Form’ khusus untuk pekerja yang bekerja disektor penerbangan samada mampu atau tidak mampu untuk mereka menanggung komitmen dalam tempoh 6 bulan yang akan datang sekiranya Moratorium ini tidak dilanjutkan.
Dalam kaji selidik yang dilakukan, sebanyak 4846 individu daripada 126 syarikat penerbangan telah berjaya dikumpulkan dan hasilnya sebanyak 4274 (88%) individu tidak mampu menanggung komitmen dan 572 (12%) inividu tidak mempunyai masalah untuk menanggung komitmen dalam masa 6 bulan kedepan.Fakta ini sekaligus menguatkan lagi desakan kepada Kerajaan agar Moratorium ini dilanjutkan
Kehadiran mereka disambut baik oleh MTUC yang amat berbesarhati diatas sokongan yang diberi oleh pekerja-pekerja ini yang melihat MTUC sebagai satu organisasi yang tepat untuk memberi tekanan kepada Kerajaan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan.
Majlis yang berlangsung selama lebih kurang dua jam tersebut telah disertai oleh Pengamal Perhubungan Perusahaan MTUC serta wakil kepada setiap syarikat penerbangan yang terjejas. Pertemuan itu juga sedikit sebanyak membincangkan permasalah pekerja di sektor penerbangan dari semua perjawatan seperti juruteknik, jurutera dan juruterbang. Setiausaha Agung MTUC juga meminta agar pekerja-pekerja ini untuk terus bekerjasama dengan MTUC dalam segala urusan dan permasalahan pekerjaan.
Majlis diakhiri dengan serahan cenderahati dan sesi bergambar.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com