Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUCHING, 21 Jan (Bernama) Penilaian semula secara holistik terhadap sekurang-kurangnya 25 akta mengenai buruh dan yang mempunyai kaitan dengan sumber manusia akan dilakukan sebaik sahaja Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang bertanggungjawab bagi akta ini, berkata beberapa daripada akta berkenaan perlu dipinda agar terus relevan.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar dan menyerahkan dokumen pelantikan kepada presiden dan dua pengerusi baharu Mahkamah Perusahaan di sini hari ini.
Katanya, satu Sidang Khas Parlimen mengenai TPPA akan diadakan pada 26 dan 27 Jan ini.
“Kementerian saya akan memberi penerangan dan penjelasan. Sidang ini akan mengandungi perbahasan daripada kedua-dua pihak dalam politik sebelum Parlimen membuat pengundian sama ada negara ini perlu menyertai TPPA atau sebaliknya.
“Kami juga sangat prihatin tentang beberapa isu, seperti apabila seorang warga asing dibenarkan mengetuai sesebuah persatuan atau pertubuhan di negara ini dan buruh paksa serta buruh kanak-kanak, kes mahkamah perusahaan dan pertubuhan keselamatan sosial kita atau SOCSO sekiranya kita menyertainya kelak” kata beliau.
Sementara itu, menyentuh tentang Mahkamah Perusahaan, Richard berkata terdapat keperluan bagi rakyat di Sabah dan Sarawak untuk benar-benar memahami peranan dan fungsinya untuk melindungi hak mereka sebagai pekerja atau majikan.
Katanya, kerajaan telah melantik seorang pengerusi bagi setiap mahkamah itu di dua negeri tersebut bagi mencerminkan kepentingannya dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara.
Beliau berkata, daripada 22 Mahkamah Perusahaan yang terdapat di Malaysia sekarang, 15 ditempatkan di Kuala Lumpur dan masing-amsing dua di Pulau Pinang dan Johor serta masing-masing satu di Perak, Sabah dan Sarawak.
Seorang peguam tempatan, Puan Ani anak Solep alias Julia Anne Marie Solep adalah antara mereka yang menerima dokumen pelantikan masing-masing daripada Richard.
Ini kali pertama mereka yang dilantik ke jawatan itu menerima secara formal dokumen pelantikan masing-masing, kata Richard.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com