Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pekerja yang bersetuju untuk mengurangkan 3 peratus daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mengisi borang khas.
Pemangku Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peraturan yang mensyaratkan pekerja yang mahu mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP17A (Khas2016) adalah menyulitkan golongan pekerja.
Katanya hasil kajian MTUC mendapati majoriti pekerja tidak bersetuju dengan pengurangan caruman KWSP sebanyak tiga peratus apatah lagi memaksa pekerja mengisi borang khas jika mahu mengekalkan caruman masing-masing.
Bercakap kepada pemberita selepas menghantar memorandum mengenai perkara berkenaan di Kementerian Kewangan di sini hari ini, Abdullah Sani berkata pengurangan caruman KWSP akan merugikan pekerja sektor swasta yang hanya mengharapkan wang berkenaan sebagai simpanan tanpa pencen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas mengumumkan kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan sebanyak 3 peratus bermula Mac sehingga Disember 2017. Bagaimanapun, kadar caruman majikan dikekalkan.
Langkah tersebut dijangka meningkatkan perbelanjaan pengguna sehingga RM8 bilion setahun dan mampu merancakkan ekonomi negara selain menguatkan kembali nilai ringgit.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com