Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kenyataan Akhbar
Kepada semua pihak Media,
MTUC amat kecewa melihat tindakan sesetengah peniaga, pemborong, pengusaha dan pengeluar yang tidak mahu menurunkan harga barangan walaupun harga minyak petrol telah diturunkan bagi meringankan beban rakyat.
MTUC merasakan ini bukanlah masa untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, malah ini adalah masa bagi semua pihak termasuk semua kementerian yang terlibat mengambil inisiatif bagi menangani permasalahan ini secara hemat.
Apabila harga minyak petrol naik, semua barangan tanpa melibatkan kos terus atau kos sampingan telah dinaikan harganya dengan alasan bahawa harga pengangkutan mempengaruhi harga barangan. Kini apabila harga petrol turun tiada usaha yang diambil untuk menurunkan harga barangan yang dinaikkan. Malahan alasan kos operasi naik pula diungkitkan. Adakah ini munasabah?
Siapakah yang harus melakukan pemantauan?
Amat menyedihkan MTUC, ada pihak pengusaha, peniaga, pihak restoran yang telah pun mengenakan GST 6% terhadap perkhidmatan dan barangan walaupun tarikh perlaksanaan belum tiba dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah bil Astro, telekom, restauran, poslaju dan sebagainya telah pun mengenakan GST sebanyak 6%.
MTUC mohon kementerian-kementerian yang berkaitan dan berkenaan mengambil tindakan wajar terhadap pengusaha-pengusaha yang degil dan enggan menurunkan harga barangan.
PEKERJA BERSATU RAKYAT MAJU
(N. Gopal Kishnam)
Setiausaha Agung
*Gk/Rr-2015
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com