Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
TELUK INTAN, 19 Jan (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak mengeluarkan kompaun ke atas 37 majikan sepanjang tahun lepas kerana gagal mendaftar pekerja dan mencarum dengan badan berkanun itu.
Mereka dikenakan kompaun antara RM1,000 hingga RM5,000.
Pengarah Perkeso Perak Noorhanita Mohamad berkata, bagaimanapun daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 196.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengiringi lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong ke Pejabat Perkeso cawangan Teluk Intan di sini hari ini.
Selain itu, Noorhanita memaklumkan sepanjang tahun lalu Perkeso Perak telah membayar tuntutan berjumlah RM42 juta kepada 21,413 penerima pelbagai faedah.
Bagi Perkeso cawangan Teluk Intan, hampir RM4 juta telah dikeluarkan bagi tujuan pembayaran itu kepada 2,088 penerima, katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com