Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Lapan undang-undang perburuhan akan dipinda bagi meningkatkan standard perburuhan di negara ini selepas Malaysia memuktamadkan penyertaan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem berkata undang-undang itu ialah Akta Kesatuan Sekerja 1959; Akta Perhubungan Perusahaan 1967; Akta Kerja 1955; Ordinan Buruh Sabah (Bab 67); Ordinan Buruh Sarawak (bab 76); Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981; Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
“Malaysia perlu melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam undang-undang perburuhan selaras dengan kehendak standard perburuhan yang tinggi, seperti negara-negara anggota TPPA lain.
“Andainya Malaysia tidak mematuhi standard perburuhan itu, Malaysia berkemungkinan akan dikenakan tindakan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian, dan sekiranya ini berlaku ia akan merugikan Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan usul TPPA bagi kementerian itu pada mesyuarat khas Dewan Rakyat, Rabu.
Riot dalam hujahnya turut menolak persepsi bahawa TPPA akan mengakibatkan kebanjiran buruh asing, kerana skop dan displin dalam Bab Buruh perjanjian itu tidak mengandungi sebarang peruntukan bagi menggalakkan dan meningkatkan mobiliti pekerja antara negara-negara TPPA, seperti yang berlaku dalam Kesatuan Eropah.
“Bab Buruh bertujuan untuk meningkatkan kebajikan dan menegakkan hak-hak para pekerja yang bekerja di Malaysia. Kemasukan pekerja asing ke dalam setiap negara TPPA adalah tertakluk kepada dasar dan undang-undang yang ditetapkan oleh negara itu sendiri,” katanya.
Berhubung isu pekerja-pekerja asing memegang jawatan dalam kesatuan sekerja, Riot mengakui selepas TPPA ditandatangani, pekerja asing akan mendapat hak yang sama sebagaimana pekerja tempatan termasuk menjadi pemimpin sesebuah kesatuan sekerja selepas TPPA ditandatangani.
Katanya kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja sedang dalam peringkat meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) bagi memperincikan syarat-syarat tertentu yang membolehkan seseorang pekerja asing boleh dipilih atau dilantik sebagai pegawai kesatuan.
“Antara syarat-syarat itu termasuk meletakkan tempoh seseorang pekerja asing yang ingin dipilih perlu bekerja secara sah di Malaysia sekurang-kurangnya tiga tahun seperti terkandung dalam Perkara 10 Pelan Ketekalan Buruh (LCP),” katanya sambil menambah kerajaan akan memantau aktiviti kesatuan sekerja terutama yang dipimpin pekerja asing.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com