Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC telah menerima kunjungan delegasi ahli Dewan Perwakilan rakyat dari negara Jepun hari ini. Delegasi ini diketuai oleh Encik Kazuma Nakatani, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Jepun merangkap Pengarah Bahagian Belia CDP dan juga beberapa pimpinan dari pelbagai bahagian pentadbiran kerajaan. Di antara wakil MTUC yang menerima kunjungan tersebut adalah Sdra J Solomon, Setiausaha Agung MTUC, Sdra Jey Kumar, Naib Presiden MTUC, Sdra Zul Thye, Penyelaras Projek MTUC dan juga Sdri Aimi, Koordinator Kesatuan.
Perbincangan dimulakan dengan pembentangan daripada Sdra Zul Thye, dengan membentangkan serba sedikit sejarah MTUC, peranan dan fungsi MTUC dalam membantu seluruh warga pekerja dan juga berkenaan pusat khidmat pekerja yang membantu pekerja tempatan mahupun pekerja asing. Pelbagai soalan berkenaan cara pengendalian kes dan juga permasalahan pekerja dibincang dan diterangkan kepada semua yang hadir.
Sdra Solomon telah membentangkan berkenaan keadaan semasa situasi pekerjaan, keadaan ekonomi pekerja dan juga maklumat berkenaan situasi kemasukan pekerja asing di Malaysia. Di antaranya, Sdra Solomon menerangkan bahawa, kemasukan pekerja asing telah mula meningkat selepas tahun 80an dan ini telah menyebabkan skala gaji pekerja tempatan sedikit terjejas. Dan selepas tahun 90an, kemasukan pekerja asing seolah olah menjadi suatu nilai komersial yang dilihat telah memberikan keuntungan kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan dengan kemasukan pekerja asing ini dan bukannya atas faktor permintaan pekerja yang seimbang.
Delegasi Jepun ini amat tertarik dan berminat dengan cara MTUC menjalankan peranan dan tanggungjawab dalam memperjuangkan nasib pekerja ke arah yang lebih baik walaupun untuk pekerja asing di Malaysia. Ini tidak dapat dilihat di Jepun, kerana sehingga hari ini, Jepun tidak membenarkan pekerja asing yang tidak berkemahiran bekerja di negara mereka.
Di akhir perbincangan, kedua dua pihak berharap dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih baik dalam hal-hal berkaitan dengan penambahbaikan ekonomi pekerja. Pihak MTUC dan delegasi Jepun ini sempat bertukar memento sebagai tanda penghargaan dalam lawatan ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com