Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pada hari ini, pihak MTUC yang diwakili oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung MTUC, Sdra Rudy, Pegawai MRC SEL/KL, Ahli Majlis Am MTUC dan Sdra Zul Thye,Penyelaras MRC MTUC telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad(PBMB) yang diwakili oleh Puan Wan Yon Shahima Binti Wan Othman JSM, Ketua Pegawai Pembangunan dan Puan Noorliza Binti Nuruddin, Ketua Bahagian Permodalan & Fasiliti.
Pihak MTUc amat mengalu- alukan kedatangan mereka bagi membincangkan tentang hala tuju untuk membangunkan dan memartabatkan golongan pekerja bagi peningkatan kemahiran kerja di negara ini. Pihak PSMB percaya bahawa, salah satu platfomnya adalah bekerjasama bersama pihak pekerja dan juga Kesatuan Sekerja. Dalam konteks ini, pihak PSMB berharap dapat bekerjasama dengan MTUC yang selama ini menjadi wakil pekerja di Malaysia.
Sdra J Solomon dan wakil MTUC yang lain telah memberikan beberapa pandangan dan cadangan yang boleh membantu kedua dua pihak demi menambahbaik kemahiran semua pekerja di Malaysia.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com