6-9-2019, The Royal Commonwealth Society, Kuala Lumpur
7 September 2019 Print page
Bengkel Kepimpinan Wanita dan Perbincangan Meja Bulat CBA
MTUC dengan kerjasama Solidarity Center telah berjaya menganjurkan bengkel satu hari berkenaan Kepimpinan Wanita dan Perbincangan Meja Bulat CBA. Bengkel ini dikendalikan oleh Sdra Zul Thye, Penyelaras Projek MTUC, Sdra Rudy Rusly,Setiausaha Agung CEUPM/Ahli Majlis Am dan Sdri Nasrifah,Pengerusi Wanita MTUC. Wakil Solidarity Center yang turut hadir ialah Encik David Welsh dan Encik Wilibrordus Balawala. Seramai 25 pegawai kesatuan sekerja dari pelbagai sektor yang terdiri dari peserta wanita hadir dalam bengekel tersebut.
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah membantu peserta wanita dalam meningkatkan pengetahuan sebagai seorang pemimpin kesatuan. Disamping itu juga, perbincangan untuk menyediakan CBA yang baik turut diadakan. Encik David Welsh dalam ucapan kata-kata aluan nya mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan berharap bengkel ini bakal membuahkan hasil dengan cadangan dan pandangan yang efektif dan berkesan dalam penyediaan Perundingan Kolektif di sektor masing-masing demi memartabatkan peranan wanita dan keseluruhan pekerja di Malaysia.
Sdra Zul Thye pula telah membentangkan peranan dan fungsi MTUC Service Center yang telah dilancarkan sejak 2 tahun yang lepas. Beberapa statistik tentang kes-kes yang dikendalikan oleh MTUC Service Center telah dibentangkan. Ini penting demi memastikan semua peserta sedar bahawa eksploitasi pekerja walaupun pekerja tempatan dan juga pekerja asing masih berlaku masa kini. Sdri Nasrifah meneruskan bengkel dengan membentangkan peranan wanita dalam kepimpina kesatuan. Beliau telah menerangkan dengan jelas di mana peranan wanita amat penting di dalam mana-mana perbincangan bersama dan tadbir urus kesatuan sekerja. Diikuti pula dengan pembentangan dari Sdri Sarojini tentang usaha Wanita MTUC dalam proses dan kempen agar Kerajaan meratifikasikan Konvensyen 183 – Cuti Bersalin.
Beberapa aktiviti kerja kumpulan dan pembentangan dari kumpulan turut diadakan bagi mendengar cadangan peserta dalam penyedian Perjanjian Kolektif yang baik. Sdra Rudy meneruskan bengkel dengan membentangkan tentang usaha organizing yang perlu dilakukan oleh semua kesatuan sekerja. Di akhir sesi, semua peserta telah memberikan pandangan yang positif berkenaan bengkel ini. Semua peserta berpuas hati dengan apa yang dibentangkan oleh semua pemudahcara dan berharap bengkel sebegini dapat diteruskan lagi.