Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MELAKA, 20 Jun (Bernama) — Kira- kira 10,000 pekerja sektor awam dan swasta dijangka menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja 2014 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Sabtu. Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi’. […]
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) dikecam oleh seorang Anggota Parlimen (MP) paling lama berkhidmat kerana menghalang usaha untuk memulihkan MAS dengan tuntutan dan ancaman yang “tidak munasabah”. Dr. Tan Seng Giaw, MP bagi Kepong yang telah berkhidmat selama lapan penggal, berkata, “kisah MAS” telah berlanjutan terlalu lama iaitu lebih […]
PETALING JAYA, 12 Jun (Bernama) — Dasar gaji minimum menarik lebih ramai rakyat tempatan memohon pekerjaan dalam sektor-sektor yang sekarang dimonopoli rakyat asing, kata timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam, Khamis. Beliau memberitahu Bernama bahawa kesan positif daripada pelaksanaan dasar itu dapat dilihat apabila lebih ramai rakyat tempatan diambil bekerja di […]
PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) — Kongres Kesatuan-kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Rabu memohon kerajaan memasukkan semakan semula bayaran pencen bagi pesara GLC dalam agenda Belanjawan 2015. Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata berdasarkan kajian pihaknya, ada pesara GLC mendapat bayaran pencen serendah RM150 sebulan. “Sehubungan itu, pihak kesatuan telah menyediakan satu memorandum […]
KUCHING, 9 Jun (Bernama) — Penggunaan jentera yang meluas merupakan jalan keluar dalam penyelesaian masalah kekurangan tenaga pekerja dalam industri minyak sawit, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata walaupun usaha menambah bilangan tenaga kerja dilaksanakan, penggiat industri minyak sawit harus mengakui bahawa sektor itu perlu memulakan langkah mengurangkan […]
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Dalam usaha menarik dan mengekalkan bakat baharu dan memastikan kejayaan syarikat, sektor swasta perlu terus menambah baik penawarannya kepada tenaga kerja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini penting memandangkan generasi muda inilah kelak yang akan menambil alih peranan yang lebih besar dalam ekonomi, kata Najib dalam […]
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com