Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Siasatan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja tersebut yang berleluasa sejak kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantaran itu, agensi-agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket tersebut yang dipercayai […]
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen haram yang membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan memberi pengajaran kepada golongan itu yang sebelum ini dilihat tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan. […]
CAMERON HIGHLANDS, 9 Nov (Bernama) — Seramai 181 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam ‘Ops Gempak dan Mesra’ di tujuh lokasi berasingan sekitar Cameron Highlands, Ahad. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata tujuh lokasi itu ialah di Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan […]
KUANTAN, 5 Nov (Bernama) — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata peningkatan warga Bangladesh di Cameron Highlands adalah disebabkan tenaga kerja mereka diperlukan dalam sektor pertanian di kawasan berkenaan. Beliau berkata pengusaha kebun sayur, buah-buahan dan bunga di pusat peranginan itu akan mengalami kerugian jika tenaga kerja asing tidak dibawa masuk kerana warga […]
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Anjakan demografi, terutama kepesatan perbandaran, memberi cabaran baharu dalam meneruskan strategi pendidikan kewangan yang bermakna untuk merealisasikan pengurusan kewangan berkesan dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Asia mengalami perubahan demografi yang paling pesat di dunia sejak dua dekad lepas, […]
Satu kumpulan pekerja asing di Johor akhirnya berjaya menerima bayaran gaji mereka yang tertunggak sejak Ogos lalu, menurut seorang jurucakap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Johor. Mohd Salleh Ahmad yang bertindak sebagai penyelaras pusat sokongan pekerja asing badan itu berkata, para pekerja tersebut mula menerima bayaran gaji mereka semalam. Ia berjaya dibayar selepas satu pihak […]
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Kerajaan akan meneliti semula draf pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebelum dibentang di Parlimen bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib. Beliau berkata meskipun draf awal pindaan akta itu telah siap namun ia perlu mengambil kira cadangan pindaan Akta […]
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com