Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Apa yang kebiasaannya merupakan perjalanan rutin ke tempat kerja, menjadi perjalanan terakhir kepada 12 orang termasuk 11 pekerja warga asing apabila bas yang mereka naiki terjunam sedalam empat meter ke dalam longkang, lewat malam tadi berhampiran Kompleks MASKargo di Sepang.
Mangsa, pekerja syarikat Mutiara Kayama Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia pekerja warga asing sepatutnya memulakan syif tengah malam di MASKargo, apabila bas tersebut tergelincir dan terjunam ke dalam longkang, yang turut mencederakan 32 penumpang lain termasuk 10 yang kini kritikal.
Mereka yang maut dalam kejadian pada 11.10 malam itu ialah pemandu bas S. Suresh, 43, dan 10 pekerja rakyat asing termasuk empat wanita rakyat Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
Source : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bas-terjunam-dalam-longkang-12-maut-32-cedera-203784
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com