Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Malaysia komited memperjuangkan prinsip sejagat hak asasi manusia sejajar dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD).
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata walaupun pelbagai cabaran membabitkan isu hak asasi manusia dihadapi masa ini, ia perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
“Kita bangga dengan pencapaian Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dalam menjalin kerjasama untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia berdasarkan undang-undang di rantau ini.
“Di pihak kerajaan, kita sentiasa menyokong program berkaitan hak asasi manusia demi kepentingan rakyat sejagat sekali gus memperkukuhkan lagi komuniti ASEAN,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsian Amalan Baik Undang-Undang Antarabangsa Hak Asasi Manusia AICHR di sini, hari ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com