Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) belum menerima surat tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) seperti yang dilaporkan media.
Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, berkata pihaknya terkejut dengan surat yang disebarkan melalui media sedangkan tidak menerimanya sebelum mendapatkan kepastian dari JPPM, namun mereka mengatakan ia sudah dibatal.
Beliau berkata, semua keperluan yang diminta JPPM sudah dihantar selepas menerima notis terdahulu dan wakilnya sudah berjumpa serta memberi surat bersama dokumen.
“Kita ada meminta JPPM menghubungi MTUC jika ada keperluan lain, malahan surat turut dihantar untuk memberitahu tindakan mesyuarat yang diatur.
“MTUC melalui Setiausaha Agung, J Solomon ada pergi ke pejabat JPPM dan dimaklumkan bahawa arahan awal dibatalkan, manakala arahan baharu dikeluarkan pada Rabu lalu tetapi sehingga kini, kita tidak menerimanya
“Apabila MTUC memohon salinan, pihak JPPM menyatakan tiada salinan. Hanya tunggu surat JPPM sampai. Bagaimanapun. sehingga petang Jumaat (semalam), MTUC masih belum menerimanya dan kita akan menunggu Isnin ini pula,” katanya yang dihubungi BH, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan laporan BH bahawa JPPMmemberi tempoh 30 hari bermula 18 Disember lalu, kepada MTUC untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan pengurusan kurang cekap.
Menurut JPPM dalam satu kenyataan, surat tunjuk sebab itu dikeluarkan selepas JPPM menerima satu surat aduan bertarikh 2 Julai lalu yang mendakwa MTUC tidak diuruskan dengan baik maka satu kertas siasatan aduan dibuka pada 29 Ogos lalu dan menjalankan siasatan seperti ditetapkan bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
“Pada 18 Disember lalu, JPPM sudah mengeluarkan notis bawah Seksyen 13(2) Akta 335, iaitu Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, dan MTUC diberi tempoh selama 30 hari dari tarikh notis untuk memberi jawapan balas mengapa MTUC tidak patut dibatalkan,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, pihaknya sebagai pusat pekerja tunggal di negara ini melihat ia perlu diselesaikan dengan tersebarnya notis yang tidak bertanggungjawab itu.
“Malah, tindakan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan diri sendiri apabila sanggup mengorbankan MTUC yang menjadi organisasi pekerja.
“MTUC akan terus berusaha sehingga usaha kami berjaya untuk menentukan MTUC yang menjadi organisasi tertua ditubuhkan pada Tahun 1949 kekal berdiri sebagaimana kewujudannya untuk pekerja.,” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/…/mtuc-tidak-terima-surat-tunjuk…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com