Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Dalam meraikan Hari Pekerja Migrant Antarabangsa – 2016 Building and Wood Workers International kerjasama Migrant Workers Nepal Persatuan GEFONT Support Group Malaysia dan Malaysia TUC menyambut Hari Pekerja Migran antarabangsa – 2016
Seramai 200 pekerja Nepal, Pegawai-pegawai dari Kedutaan Nepal, Pegawai-pegawai GEFONT dan pegawai-pegawai dari Malaysia TUC mengambil bahagian dalam sambutan tersebut.
Di dalam majlis ini, Pihak GEFONT juga telah mengurniakan anugerah kepada pemimpin-pemimpin di kalangan pekerja Nepal yang telah membantu dan menyumbang ke arah pekerja-pekerja di Malaysia.
Setiausaha Agong Malaysia TUC ,J Solomon di dalam ucapannya telah memberi jaminan bahawa kepimpinan baru ini akan terus berkerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk melindungi kepentingan pekerja asing dan akan mempergiatkan lagi kerjasama tersebut.
J Solomon lagi menegaskan bahawa pekerja asing mesti bekerja bersama-sama dengan pekerja tempatan untuk memastikan hak-hak pekerja kedua-dua penduduk tempatan dan pekerja asing dilindungi pada setiap masa.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com