Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
LANGKAWI 10 April – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dijangka mendapat maklum balas daripada 2,000 buah koperasi dalam bulan ini berhubung cadangan pindaan Akta Koperasi 1993.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata, setakat ini lebih 500 buah koperasi telah mengemukakan maklum balas berhubung perkara itu.
Katanya, Angkasa akan menggunakan persidangan tahunan peringkat negeri bulan ini sebagai platform bagi anggota koperasi membentangkan cadangan mereka berhubung pindaan itu.
“Sebanyak sembilan negeri sudah mengadakan persidangan mereka dan kami menjangkakan selebihnya akan mengadakan persidangan mereka dalam bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Inovasi Angkasa bersama Jabatan Beruniform di sini, malam tadi.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa rang undang-undang pindaan berkenaan dicadang untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, pada Julai ini.
Menurutnya, Angkasa telah mengemukakan sebanyak 13 buah cadangan balas kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat ini untuk mengukuhkan lagi pindaan-pindaan yang dicadangkan itu.
“Kami masih memerlukan cadangan tambahan memandangkan pindaan ini melibatkan perubahan yang besar dan akan menentukan hala tuju perkembangan koperasi di masa hadapan,” katanya.
Source : http://www.utusan.com.my/…/pindaan-akta-angkasa-jangka-makl…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com