Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MELAKA 13 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan sebanyak RM30 juta tahun ini bagi bantuan subsidi ujian mamogram dan vaksin Human Papilloma Virus (HPV).
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Azman Mohd. Yusof berkata, bantuan yang disalurkan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu memberi manfaat besar kepada kumpulan sasar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Menurutnya, wanita yang layak dan memenuhi syarat boleh mendaftarkan nama untuk bantuan subsidi itu di 59 buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara.
“Usaha daripada kerajaan ini bagi memastikan semua yang berhak dapat dibantu di samping meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab penjagaan kesihatan sekali gus mencegah kanser.
“Sambutan terhadap program-program yang dijalankan oleh LPPKN amat menggalakkan melalui kempen-kempen dan advokasi yang diadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program #Negaraku_KasihKITA@KPWKM #MehGegauMelake di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar.
Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN negeri, Muhamad Noh Abdullah.
Pada majlis itu turut diadakan perasmian dan penyerahan Pusat Keluarga Bergerak (Bas Bergerak) kepada LPPKN negeri.
“Dengan penyerahan bas bergerak ini, kita berharap agar perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN akan lebih meluas dan sampai kepada semua kumpulan sasar di peringkat akar umbi.
“Kemudahan yang disediakan juga selaras dengan hasrat kementerian bagi memastikan kesihatan masyarakat tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar terjamin,” katanya.
Source : http://www.utusan.com.my/…/rm30-juta-disalur-untuk-pemeriks…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com