Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Mereka mendapat pampasan rumah satu setengah tingkat selepas lebih sedekad hilang kerja.
SEMENYIH: Selepas 13 tahun hilang mata pencarian, seramai 17 keluarga pekerja di Ladang Semenyih milik Sime Darby di sini akhirnya mendapat pampasan berbentuk rumah.
Mereka menandatangani perjanjian penyelesaian dengan Sime Darby pada 28 Februari lalu, di mana setiap keluarga bekas pekerja ladang diberi rumah teres kos rendah satu setengah tingkat bernilai RM40,000.
Rumah tersebut akan dibina bulan depan berdekatan rumah ladang yang mereka duduki kini.
Mereka juga akan diberikan pampasan faedah selepas diberhentikan kerja oleh Sime Darby sejak 2004.
Bekas pengerusi Kesatuan Pekerja Ladang Semenyih, M Subramaniam, berkata pihaknya gembira dengan penyelesaian itu.
Katanya, mereka memperjuangkan hak mereka mendapatkan pampasan setimpal selepas diberhentikan pada 2004.
Selama ini, katanya, rumah mereka di ladang itu menerima bekalan air tidak bersih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Elektrik pun pernah tak ada 1 hari, kita buat laporan polis baru ada elektrik,” katanya.
Seorang lagi bekas pekerja ladang, P Mariyayee, 66, berkata pada mulanya ramai menganggap perjuangan mereka sia-sia.
“Kerana daripada mula perjuangan, sesetengah pihak pernah cakap anda tak akan dapat duit, tak akan dapat pampasan, membazir masa,” katanya.
Dalam pada itu, Exco Selangor mengenai Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata kerajaan negeri sebelum ini membuat siri perbincangan dengan pihak Sime Darby Properties & Plantations.
“Kerajaan negeri menyatakan pendirian selesaikan isu perumahan pekerja ladang dahulu. Kalau tidak selesaikan, kami tak akan meluluskan permohonan mereka untuk membangunkan (kawasan ladang).
“Akhirnya mereka dapat menawarkan beberapa tawaran. Tawaran awalnya hanya wang saguhati bukan perumahan,” katanya, yang menambah tawaran syarikat untuk memberi rumah apartment sebelum ini ditolak.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com