Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Manusia tetap akan melaksanakan umur persaraan 60 tahun sektor swasta berkuat-kuasa 1 Julai ini seperti diluluskan di Parlimen.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Zainal Rahim Seman, berkata tarikh itu bukannya ditetapkan secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas beberapa siri perbincangan bersama wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Kerajaan membawa usul itu ke Parlimen tahun lalu, selepas mendapat persetujuan semua pihak, termasuk wakil majikan dan pekerja. Kita sudah mengadakan beberapa siri pertemuan dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.
Atas persetujuan bersama, maka umur persaraan sektor swasta dibentangkan dan diluluskan di Parlimen dengan tarikh pelaksanaannya ditetapkan pada 1 Julai ini, katanya kepada BH, semalam.
Ahad lalu, Pengarah Eksekutif MEF, Samsuddin Bardan, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia bagi membolehkan majikan diberi sedikit masa sebelum dilaksana secara menyeluruh.
Sumber: Berita Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com