Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Merujuk kepada perkara ini MTUC terima pelbagai pandangan dari pelbagai pihak yang ingin menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak hotel dan restauran.
MTUC benar-benar mengharapkan kerajaan tidak mengambil keputusan sewenang-wenangnya dengan memansuhkan 10 peratus caj perkhidmatan kerana ia amat bermakna kepada pekerja-pekerja dalam industri perhotelan dan restauran. Caj tersebut menjadi sebahagian dari punca pendapatan kepada pekerja hotel yang kebanyakannya bergantung kepada kutipan caj perkhidmatan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
Amalan mengenakan caj perkhidmatan dalam industri ini telah lama wujud dan berjalan dengan lancar, MTUC harap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek perlu membuat perbincangan yang lanjut bersama dengan pihak kesatuan, pekerja dan majikan sebelum mengambil sebarang tindakan bagi memansuhkan caj perkhdimatan ini. Beliau harus mengkaji dan melakukan analisa yang jitu terhadap isu ini tanpa mengambil keputusan sewenang-wenangnya yang boleh membelakangkan hak kaum pekerja dan kesatuan yang terlindung melalui Perjanjian Bersama.
Hebahan dan kenyataan Menteri mengenai caj perkhidmatan 10 peratus yang dilakukan sejak kebelakangan ini boleh mengelirukan semua pihak dan mencetuskan salah faham mengenai caj perkhidmatan ini.
MTUC mohon jasa baik Menteri supaya menghentikan dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat yang boleh memberi kesan buruk kepada periuk nasi pekerja-pekerja industri hotel ini.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada N. Gopal Kishnam di talian 0193174717.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com