Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang berkuat kuasa pada 1 April.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan ahlinya agar tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk membantu membuat sebarang pengeluaran.
“Ahli-ahli yang memenuhi syarat-syarat dinasihatkan berurusan terus dengan KWSP untuk membuat pengeluaran.
“Bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP, KWSP tidak akan mengenakan CBP bagi amaun dipindahkan untuk pelaburan,” kata kumpulan itu.
Di bawah skim tersebut, ahli-ahli dibenarkan untuk memindah sebahagian daripada wang KWSP mereka untuk melabur dalam dana saham amanah yang diluluskan KWSP.
“Ahli-ahli dinasihatkan untuk memahami kos dan risiko yang terlibat, dan mendapatkan nasihat daripada penasihat berkelayakan, sebelum memutuskan untuk menyertai skim itu,” kata KWSP.
Sumber: Sumber
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com