Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat menerima sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh (http://www.bernama.com/bernama, 7hb Ogos 2015).
Kerajaan sanggup memberi latihan kepada pekerja-pekerja ini sebelum dibawa masuk dan diserapkan dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
MTUC merasakan adalah lebih wajar dan baik sekiranya penduduk tempatan sendiri diberi latihan yang secukupnya di samping gaji yang baik untuk menyerapkan mereka dalam sector kerja 3D – dangerous, difficult, dan dirty yang kurang diminati oleh penduduk tempatan.
“…According to the Human Resource Ministry, there are about 350,000 Malaysians working in Singapore, and that another 386,000 Malaysians have permanent residency status there.
One thing worth noting is that Malaysia lost over 145,000 people who are categorized in the Brain Drain category to Singapore, according to 2011 World Bank report.
Besides, the report also concluded that 20 per cent of Malaysian graduates choose to leave the country, again with our neighbouring country – Singapore, cited as the main beneficiary…..
“…Many Malaysians today work in Singapore as professionals in banking, construction, engineering, medicine, legal and ICT services, whereas others work in manufacturing and service industry.
The 2011 World Bank report had highlighted that the main cause of emigration of Malaysians to another country is attributed to the less attractive salary and benefits offered at home.
This key attribute is especially noticeable in the high-skilled technology sector although the difference in earnings potential, career prospects, quality of education and quality of life are among the most significant factors. Discontent with Malaysia’s inclusiveness policies was a key factor too.
Source: malaysiandigest.com.Working In Singapore Vs Malaysia: Is The Grass Always Greener On The Other Side?, 29 June 201.
Imbuhan yang tinggi dan sewajarnya sudah tentu boleh menarik minat penduduk tempatan untuk menceburi bidang 3D. Beribu-ribu pekerja dari Malaysia merantau ke Singapura setiap hari bagi menyara hidup. Kenapa? Siapakah yang banyak melakukan kerja-kerja 3D di Singapura? Walaupun ia adalah kerja 3D, kerana imbuhan yang dibayar adalah tinggi dan setaraf dengan kerja tersebut maka pekerja-pekerja tempatan sanggup berulang-alik ke negara jiran ini. Mereka ini bukan sahaja professional malah juga terdiri dari golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerja Am.
MTUC risau dengan keadaan semasa di negara kita dimana beribu-ribu pekerja asing yang beroperasi secara haram dan tiada sebarang dokumen sah akibat pelbagai sebab. Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu mereka sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing lagi.
Dalam pada menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dan mencapai misi 2020 kebergantungan terhadap pekerja asing dan memberi tumpuan kepada industri berasaskan tenaga buruh harus dikurangkan dan negara harus cuba menjurus ke dalam industri berasaskan teknologi.
Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi tempatan dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan. Sejak kebelakangan ini kita sering mendapat laporan yang kurang sihat, penglibatan penduduk tempatan dalam pelbagai aktiviti jenayah dan aktiviti kurang sihat. Ini perlu ditanggani secara harmoni bagi kebaikan bersama dan kesejahteraan negara.
Sekian, terima kasih.
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com