Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Pelaksanaan modul Bio-Perubatan dan permohonan visa elektronik dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) untuk permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang dikuatkuasakan pada 15 Jan lepas ditangguhkan serta-merta.
Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan Jumaat berkata penangguhan itu bagi memberi laluan kepada pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meneliti dan memperhalusi dasar-dasar berkaitan.
“Ia juga bagi mengkaji semula pandangan dan maklum balas daripada orang ramai khususnya pihak majikan,” katanya.
Menurutnya, dengan penangguhan pelaksanaan sistem FWCMS itu, semua permohonan VDR di kaunter Imigresen dibuka semula mulai hari ini.
Jabatan Imigresen juga mengingatkan bahawa segala urusan di kaunter haruslah teratur dan dibuat oleh majikan atau wakil majikan yang sah sahaja.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com