Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KLANG, 18 Nov (Bernama) — Majikan tidak boleh menganggap keselamatan petugas waktu pergi dan balik kerja bukan menjadi tanggungjawab mereka.
Ini kerana petugas/pekerja yang ditimpa kemalangan boleh menyebabkan majikan menanggung kerugian kerana kehilangan modal insan yang cekap dan terlatih, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Majikan juga perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat bagi mengurangkan risiko pekerja terdedah kepada kemalangan di tempat kerja, katanya.
Ini kerana keupayaan dan sumbangan pekerja adalah berharga selain sebagai aset penting dalam menjana hasil kepada majikan dan negara.
Mohammed Azman menegaskan demikian dalam ucapan sempena program Hari Terbuka dan Kempen Pencegahan Kemalangan di Pejabat Perkeso Klang di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar Bahagian Faedah Perkeso Fauzi Jaafar.
Mengambil kira keperluan ini, Perkeso mengambil langkah mendekati majikan dan pekerja dengan menjalankan kempen kesedaran serta penggalakan pencegahan kemalangan, kata Mohammed Azman.
“Transformasi yang diketengahkan ini bukan bertujuan lari daripada tanggungjawab menyediakan pampasan tetapi kita mahu pekerja berada dalam keadaan selamat dan sihat bagi menjana hasil kepada majikan seterusnya negara,” katanya.
Menurut Mohammed Azman secara purata sebanyak 63,441 kes kemalangan dilaporkan setiap tahun dan sehingga September tahun ini sahaja sebanyak 46,182 kes telah dilaporkan.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com