Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Joan Santani Santanasamy
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd bersetuju mematuhi pakej pemberhentian kakitangan Malaysia Airlines (MAS) selaras dengan perjanjian bersama (CA), termasuk 1.5 bulan gaji sebagai ganti setiap tahun perkhidmatan, kata Kesatuan Pekerja MAS (MASEU).
Setiausaha Eksekutif MASEU, Mohd Jabarullah Abdul Kadir berkata, keputusan mesyuarat pada saat akhir semalam yang dipanggil Khazanah, pemilik MAS, telah dimuktamad berdasarkan terma yang diminta kesatuan.
“Perkara paling penting ialah kakitangan akan mendapat apa yang telah dijanjikan di bawah CA. Itu yang penting,” katanya kepada Bernama.
Mohd Jabarullah berkata, kesatuan bimbang mengenai kakitangan yang akan diberhentikan, tetapi masih bersedia untuk bekerja kerana mempunyai tanggungjawab untuk dipikul.
“Saya hanya berharap mereka akan diambil untuk dilatih semula agar boleh diambil bekerja di tempat lain,” katanya.
Antara 6,000 dan 8,000 kakitangan MAS daripada kira-kira 20,000 akan diberhentikan oleh Khazanah dalam tempoh setahun sebagai sebahagian daripada pelan RM6 bilion untuk mengecilkan syarikat penerbangan itu dengan memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana serantau.
Dua pertiga daripada kakitangan terbabit akan diambil semula oleh syarikat baharu, MAS Bhd, yang akan mula beroperasi pada 1 September.
Surat pemberhentian kerja yang sepatutnya dikeluarkan MAS hari ini telah ditangguh sehingga minggu pertama Jun.
Ketika ditanya punca kelewatan itu, Mohd Jabarullah berkata, MAS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji kandungan CA, termasuk jumlah sebenar kakitangan yang akan dihentikan.
“Kami tidak tahu, ia boleh menjadi 6,000 pekerja, mungkin lebih, mungkin kurang. Semua faktor ini mungkin menyebabkan kelewatan (dalam mengeluarkan surat itu).
“Kelewatan itu tidak akan lama, jika saya tidak silap, (ia akan dikeluarkan) pada minggu pertama Jun. Oleh itu mereka (MAS) tidak menyusahkan mana-mana pihak.
“Walaupun CA itu tidak memenuhi kepentingan terbaik setiap kakitangan, kesatuan berpuas hati yang ia mematuhi CA sebagaimana yang telah dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com