Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
26 Jun 2019. Pusat Latihan NUBE – Port Dickson.
KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MTUC / PERKESO
MTUC menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pertama bagi tahun 2019 untuk ahli gabungan di Negeri Sembilan dan kami gembira kerana kesemua 28 orang yang berdaftar hadir dan menyertai program ini.Program ini dirasmikan oleh Setiausaha Agung MTUC Sdra J Solomon. Beliau menekankan pada cabaran yang dihadapi oleh pekerja mahupun ahli kesatuan sekerja dan keperluan untuk pekerja dan ahli kesatuan untuk bersatu bagi menghadapi cabaran ini dan mendapatkan kembali maruah pekerja.
Sdra J Solomon juga membuka dialog bagi peserta untuk mengemukakan pandangan mereka dan bagaimana membuat Kesatuan dan MTUC menjadi lebih relevan. Sesi soal jawab sangat membina dan memberi peluang untuk Setiausaha Agung memahami apa yang ada dalam minda para peserta.
Kursus dua hari itu diselaraskan oleh Sdra K Soma, Setiausaha Pendidikan MTUC dengan Jurulatih lain.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com