Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Lebih banyak koordinator atau Pengurus Kes di tempat kerja bakal dilahirkan menerusi program ‘Koordinator Kembali Bekerja’, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Saripuddin Kasim.
Beliau berkata program itu dilaksanakan menerusi sistem pengurusan hilang upaya yang sistematik bagi mengenal pasti pekerja hilang upaya untuk dipulih dan kembali bekerja.
“Program itu juga merupakan intervensi awal. Sesetengah penyakit boleh dipulihkan serta berpeluang cepat sembuh sebelum hilang upaya kekal.
“Kami akan pastikan pekerja yang hilang upaya dipulihkan secepat mungkin dengan bantuan koordinator berkenaan,” katanya selepas melancarkan program pelaksanaan pengurusan dan latihan hilang upaya di sini, hari ini.
Program itu juga katanya merupakan susulan resolusi Persidangan Serantau ‘Kembali Bekerja’ (RTW) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2014.
Saripuddin berkata sebanyak 95 peserta daripada 65 majikan telah menyertai program tersebut.
“Untuk permulaan, kami akan lihat hasil peserta hari ini, pusingan seterusnya kami akan adakan secara besar-besaran Oktober ini bagi mendapatkan penyertaan lebih ramai majikan,” katanya.
Mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perkeso, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai pelaksanaan pengurusan hilang upaya bagi majikan dan pekerja, katanya, langkah itu merupakan titik permulaan kerjasama untuk melahirkan tenaga kerja sihat dan produktif.
“Inisiatif itu perlu dipuji kerana mencerminkan sikap prihatin ketiga-tiga pihak dalam memenuhi keperluan program pengurusan hilang upaya pekerja yang ditimpa musibah untuk menjalani proses pemulihan serta dapat kembali bekerja semula,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com