Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Malaysia memerlukan kumpulan kelas pertengahan atau M40 yang kukuh dan berkembang untuk melonjakkan negara dalam merealisasi status ekonomi maju berpendapatan tinggi pada 2020.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam mana-mana ekonomi perusahaan pasaran modal seperti Malaysia, kelas pertengahan merupakan pemacu ekonomi.
Beliau berkata kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan adalah sangat penting kepada kesejahteraan negara memandangkan kumpulan ini merupakan tumpuan bagi pelaburan swasta dan perbelanjaan penggunaan.
M40 turut mewujudkan kumpulan penting untuk bakat, pelaburan dan keusahawanan, katanya.
“Untuk mempunyai ekonomi yang bertumbuh dan kukuh, kita memerlukan M40 yang berkembang dan mantap,” kata Najib menerusi catatan di blog ‘NajibRazak.com’, hari ini.
Dalam melaksanakan pendekatan itu, Najib menjelaskan bahawa rancangan untuk mengembangkan kumpulan M40 telah digariskan dalam Bajet 2016, yang dibentangkan pada tiga minggu lepas serta dalam Bajet 2015.
“Seperti yang anda sedia tahu, tiada negara akan mencapai pertumbuhan progresif, secara ekonomi dan sosial, tanpa penyertaan penuh kelas pertengahan.
“Saiz dan kekuatan kelas pertengahan adalah penilaian unggul kekuatan ekonomi negara. Tingkah laku budaya dan sosial serta sistem nilai kelas pertengahan pada dasarnya boleh menentukan perjalanan dan hala tuju sejarah negara,” katanya.
Perdana Menteri berkata pendekatan pengecualian cukai antara inti pati dalam bajet tahun depan untuk meredakan cabaran kewangan dihadapi kumpulan M40 di samping peruntukan RM200 juta untuk Skim Deposit Rumah Pertama bagi pemilikan rumah di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Semasa membentangkan Bajet 2016, beliau turut mengumumkan kenaikan gaji minimum di seluruh negara, yang akan meningkatkan pendapatan mereka yang berusaha untuk memasuki kumpulan pertengahan, serta ia juga mendorong majikan menaikkan gaji melalui ‘kesan limpahan’ di seluruh spektrum gaji.
Najib berkata dalam menangani isu M40, sektor swasta juga memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat gaji yang adil dan saksama.
“Ketika ini di Malaysia, gaji sebagai peratusan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berada pada 34 peratus pada 2014, dan ini jauh lebih rendah berbanding tahap di negara maju, status yang kita berhasrat mencapainya.
“Justeru, saya menggesa para majikan agar lebih inklusif dalam berkongsi bahagian ekonomi dan kejayaan syarikat untuk mencapai sasaran ganjaran pekerja kita sekurang-kurangnya 40 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2020,” katanya.
Dengan ini, pekerja boleh berharapkan gaji yang lebih adil daripada syarikat mereka selagi mereka tidak berkompromi dengan produktiviti, katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com