Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
BAYARAN faedah hutang yang tinggi, hasil pendapatan kerajaan rendah dan banyak menjamin firma kerajaan secara senyap telah mencetuskan kebimbangan akan adanya krisis bajet di Malaysia, walaupun Perdana Menteri Najib Razak menjamin hutang negara masih terkawal, lapor Straits Times Singapura.
Bulan lalu, Najib berkata tahun lepas, hutang keseluruhan Malaysia hanya RM685.1 bilion berbanding negara lain kerana ekonomi negara atau keluaran dalan negara kasar negara (KDNK) berkembang 50.9%.
“Malaysia lebih bagus daripada negara membangun seperti Singapura pada 112%, United Kingdom 89.3%, Kanada 92.3%,” Najib dipetik sebagai berkata demikian.
Bagaimanapun, beliau tidak pula menerangkan yang Singapura membelanjakan lebih sedikit untuk membayar hutang, dengan menggunakan 6.1% daripada pendapatan negara pada 2016.
Sebagai perbandingan, menurut Kementerian Kewangan, pada tahun sama, Malaysia menggunakan 12.5% daripada pendapatannya untuk membayar faedah.
Tahun ini, dijangka yang Putrajaya akan membayar sejumlah RM31 bilion dalam bentuk faedah, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar pada 2009 ketika Najib mengambil alih pentadbiran, selain ketika tanggungan kerajaan kurang daripada 9% jumlah hasil, lapor portal Singapura itu.
Jumlah ini termasuk hampir semua cukai pendapatan yang dikutip kerajaan, atau lebih dua per tiga daripada jumlah yang dikutip daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April 2015.
Pakar ekonomi berkata status “A” Malaysia itu bermaksud negara perlu meminjam pada kadar yang tinggi berbanding negara seperti Singapura yang punya kadar status “AAA.” Justeru, ia akan memberi cabaran besar buat kerajaan untuk mengurangkan faedah pinjaman hutangnya.
“Kemampuan (membayar) hutang yang lemah, yang kita ukur sebagai nisbah pembayaran faedah kepada pendapatan, telah menjadi cabaran buat Malaysia,” kata penganalisis Moody, Anushka Shah kepada the Straits Times.
Antara kebimbangan lain yang tidak diheboh, atau “disenyapkan” seperti bantuan kerajaan menyelamatkan syarikat milik negara.
Kerajaan tidak merekod pembayaran ini sebagai khidmat hutangm tetapi diletak di bawah nama “pembayaran sektor strategik” dan “pembayaran lain.” Ini juga tidak dimasukkan dalam bajet, yang mana mereka tidak bertanggungjawab terhadap Parlimen. – 17 Februari, 2018.
Source : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/38391/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com