Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Timbalan Presiden MTUC Shafie BP Mamal berkata, apa yang cuba dilakukan oleh
Mara itu adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan buruk kepada masa depan
pencarum terutama selepas mereka bersara.

Beliau berkata, Mara sepatutnya memikirkan pendekatan lain termasuk mengutip
hutang dari rumah ke rumah atau di pejabat seperti yang pernah dilakukan oleh
Polis Trafik dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain tindakan undang-undang.

"Simpanan KWSP adalah untuk bekalan bagi hari tua dan bukannya ejen penyelesai
hutang. Jangan jadikan KWSP sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang. KWSP
bukan lubuk wang.

Jangan nanti selepas bersara ada antara pencarum KWSP menderita kerana wang
KWSP mereka telah habis digunakan. Sekarang ini macam-macam perkara boleh dikeluarkan
daripada simpanan KWSP. Cukuplah setakat mana yang telah diluluskan," katanya.

Semalam di Dewan Rakyat, Mara menyatakan bahawa agensi itu akan memotong simpanan
Akaun II KWSP milik peminjam bagi mengatasi masalah RM298 juta pinjaman pelajaran
tertunggak.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata,
perbincangan sedang dijalankan dengan KWSP berhubung perkara itu.

Khamsiyah tidak menolak kemungkinan jika semua perkara dipersetujui, tindakan
memotong melalui Akaun II milik peminjam akan dilaksanakan secepat mungkin.

Sehingga April lalu, RM298 juta pinjaman pelajaran Mara masih belum dibayar.

Mengulas lanjut Shafie berkata, KWSP perlu menolak cadangan itu kerana ia langsung
tidak memberi faedah kepada pencarum.

"Saya amat berharap KWSP mengambil perhatian mengenai perkara ini. Jangan
layan permintaan Mara. Saya lihat tindakan Mara ini tidak profesional.

Sekiranya perkara ini diluluskan tidak hairanlah pada satu hari nanti, tidak
dapat bayar hutang bank pun terpaksa ambil daripada simpanan KWSP. Ini boleh
berlaku," ujarnya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor
Osman yang turut senada dengan MTUC, mahu KWSP bertegas dengan tidak membenarkan
Mara berbuat demikian.

"Banyak cara lain Mara boleh mendapatkan wang mereka semula, bukannya
dengan cara ini. Bagi saya mengeluarkan simpanan KWSP untuk tujuan ini bukan
satu tindakan bijak.

Mara sebenarnya boleh mengarahkan majikan membuat pemotongan gaji secara wajib
sehingga pinjaman selesai atau kenakan tindakan mahkamah ke atas mereka yang
degil," tambahnya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com