Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) percaya kemasukan mereka didalangi
sindiket yang mengambil kesempatan daripada permintaan besar-besaran majikan
tempatan terhadap tenaga kerja luar.
“Jika proses kemasukan berjalan mengikut saluran yang betul, tidak mungkin
berlaku begitu banyak skandal dan penyelewengan kepada pekerja asing,”
kata presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menyiasat dakwaan tersebut dan tindakan
tegas perlu diambil untuk memberhentikannya.
“Dakwaan ini ada kaitan dengan langkah kerajaan memberi kebenaran kepada
agensi untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini yang menyebabkan menimbulkan
pelbagai masalah kepada negara.
“Ada dalang atau pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan daripada
pekerja asing yang mahu bekerja di ladang, perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan
di Malaysia,” katanya.
Penyelewangan
Sistem pengambilan pekerja asing yang dibuat oleh agensi swasta terdedah kepada
pelbagai penyelewengan termasuk pemalsuan data dan juga kepada penindasan kepada
pekerja terbabit.
Syed Shahir berkata, keadaan ini menyebabkan ramai pekerja asing menjadi mangsa
seperti majikan tidak membayar gaji atau membayar gaji tidak seperti yang dibuat
dalam perjanjian bersama di antara kedua-dua pihak.
“Apabila keadaan ini berlaku, kerajaan menyalahkan pekerja asing tersebut
sedangkan kerajaan sendiri tidak memberi perlindungan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata, majikan mengambil kesempatan dengan mengutamakan pengambilan
pekerja asing kerana mereka boleh membayar gaji yang rendah melalui kontrak
yang dibuat dari masa ke semasa.
Menurutnya, keadaan ini menyebabkan mereka lebih mudah untuk mengeksplotasikan
pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Apabila keadaan ini berlaku, katanya, pekerja tempatan sukar untuk mendapatkan
pekerjaan kerana majikan lebih suka memilih untuk mengambil pekerja luar kerana
gaji yang rendah selain syarat pengambilan yang longgar.
Membayar gaji
Sementara itu, MTUC menyokong tindakan pekerja asing menyaman majikan yang
tidak membayar gaji mereka.
Bagaimanapun, Syed Shahir berkata, ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam
bulan untuk diselesaikan di Mahkamah Perindustrian dan ini menimbulkan masalah
kepada pekerja asing dari segi visa.
“Jabatan Imigresen hanya memberi visa khas selama tiga bulan yang diperbahrui
setiap bulan dengan bayaran RM100 sebulan. MTUC telah berbincang dengan Kementerian
Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mengenai hal
ini tetapi gagal,” katanya.
Menurutnya, ramai pekerja yang ditahan, kemudian didakwa di mahkamah kerana
masuk secara haram yang akhirnya dihukum dan dirotan.
Beliau berkata, pihak berkuasa terutama Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam
Negeri menafikan hak pekerja selain tidak menghormati proses perbicaraan di
mahkamah.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com