Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pada masa ini, katanya, operasi nasihat yang sedang dijalankan akan dipertingkatkan
sehingga hujung bulan ini dan beliau berharap pendatang tanpa izin akan mengambil
peluang itu untuk pulang ke negara masing-masing.
“Kita harap operasi yang lebih keras tidak akan dilakukan kerana operasi
peringkat nasihat ini diterima baik oleh pendatang yang masih ada,” katanya.
Sebelum ini, Malaysia telah menangguhkan sebanyak dua kali – selepas berakhirnya
tempoh pengampunan – gerakan memberkas pendatang tanpa izin yang sebahagian
besarnya adalah rakyat Indonesia.
Di bawah operasi nasihat, pendatang tanpa izin yang ditahan, diberi tempoh
seminggu untuk meninggalkan negara dan jika mereka engkar dan ditahan sekali
lagi, mereka tidak akan dibenarkan datang bekerja di Malaysia buat selama-lamanya.
Menurut Bernama, Abdullah membuat pengumuman itu di sidang akhbar bersama dengan
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono selepas mengadakan pertemuan empat mata sebelum
mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala.
Kerjasama ekonomi
Ini merupakan lawatan negara pertama Presiden Republik Indonesia itu ke Malaysia
sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara itu pada Oktober lalu.
Masalah pendatang tanpa izin itu merupakan antara perkara yang diberi tumpuan
dalam perbincangan mereka selain soal pembangunan semula Aceh setelah dilanda
gempa bumi dan ombak besar tsunami pada 26 Disember lalu serta meningkatkan
kerjama dalam bidang ekonomi.
Perdana Menteri juga berkata Malaysia juga akan memperkenalkan sistem pengenalan
diri biometrik dalam pengambilan pekerja dari Indonesia dalam usaha mengatasi
masalah pendatang tanpa izin.
Melalui sistem itu, katanya, nama dan cap jari setiap pekerja Indonesia yang
datang ke Malaysia akan direkodkan bagi menentukan sama ada kedatangan mereka
sah atau tidak.
Langkah itu, tegas beliau lagi, bertujuan mengurangkan masalah pendatang tanpa
izin dari negara jiran itu dan “seboleh-bolehnya mentiadakan lagi”
golongan itu di negara ini.
Mengenai isu majikan di negara ini yang tidak membayar gaji kepada pekerja
tanpa izin dari Indonesia, Abdullah berkata walaupun soal itu tidak membabitkan
kerajaan namun kerajaan bersedia membantu dalam soal itu.
Eratkan lagi persahabatan
Kerajaan akan menasihati dan menggesa majikan berkenaan agar menjelaskan bayaran
gaji kepada para pekerja terbabit, katanya.
“Ini adalah satu tanggungjawab yang mereka mesti laksanakan,” kata
Abdullah, yang turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus mengambil pekerja
dari Indonesia.
Dalam soal itu, Susilo berkata Indonesia menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan
Malaysia untuk menangani isu itu.
Susilo berkata lawatannya itu bertujuan meningkatkan persahabatan dan kerjasama
antara kedua-dua negara di samping menyelesaikan masalah terutama yang berkaitan
dengan tenaga kerja tanpa izin dari Indonesia.
“Masalah yang ada sekarang ialah bagaimana kita mengatasi kehadiran golongan
yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin,” katanya.
Susilo akan diraikan dalam jamuan negara di Istana Negara malam ini. Beliau
dijangka berlepas ke Singapura esok untuk lawatan dua hari ke republik itu.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com