Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC mendengar pelbagai pandangan, kenyataan dan rungutan mengenai pengeluaran caruman KWSP pada umur 55 tahun atau 60 tahun.
MTUC amat tegas dengan pendirian MTUC bahawa had umur pengeluaran caruman KWSP adalah 55, malah sesiapa yang ingin dan merasakan bahawa mereka ingin melanjutkan simpanan mereka sehingga ke umur 60 tahun terpulang kepada pencarum itu sendiri dan digalakkan.
Sememangnya MTUC telah mencadangkan supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun supaya pekerja dapat menyara kehidupan mereka di samping itu simpanan KWSP boleh dilanjutkan sehingga ke umur 60 tahun. Kaedah ini boleh mengatasi pelbagai masalah pada hari tua pesara yang tidak perlu bergantung kepada wang dari anak-anak mereka.
MTUC sememangnya menyokong sekiranya pencarum ingin menyimpan wang dalam KWSP kerana caruman tersebut dapat menikmati faedah yang lebih baik berbanding dengan simpanan dalam bank.
MTUC tidak akan menyokong sama sekali memandatorikan had umur pengeluaran caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun.
MTUC faham dengan keperluan setiap individu lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara hidup untuk menggunakan wang mereka untuk pelbagai kegunaan.
MTUC mohon jasa baik semua pihak termasuk pihak pengurusan KWSP dan orang awam supaya memahami pendirian MTUC dan bekerjasama dengan MTUC bagi manfaat semua pencarum KWSP.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com