Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
8-9-2019, Ipoh, Perak
Perbincangan Meja Bulat Berkenaan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia Bersama Pekerja Migran.
MTUC dengan kerjasama Solidarity Center telah berjaya menganjurkan perbincangan meja bulat berkenaan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia bersama pekerja migran di Ipoh,Perak hari ini.
Program ini dikendalikan oleh Sdra Zul Thye, Penyelaras Projek MTUC dan Sdra Rudy Rusly,Setiausaha Agung CEUPM/Ahli Majlis Am. Wakil Solidarity Center yang turut hadir ialah Encik David Welsh dan Encik Wilibrordus Balawala. Seramai 26 pekerja migran hadir dalam program ini yang terdiri dari 22 pekerja lelaki dari Nepal, 2 pekerja wanita dari Nepal dan 2 pekerja wanita dari Indonesia.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menerangkan kepada pekerja migran tentang apakah pindaan akta perburuhan Malaysia yang melindungi semua pekerja. Disamping itu, kita juga mahu mendengar apakah permasalahan yang mereka hadapi dan juga cadangan mahupun pandangan mereka di dalam Pindaan Akta Perburuhan Malaysia.
Encik David Welsh dalam ucapan pembukaannya telah memaklumkan bahawa kerjasama antara Solidarity Center bersama MTUC telah terjalin sejak lebih 20 tahun lalu. Pihak MTUC amat serius dengan membantu semua pekerja di seluruh Malaysia dari diekploitasi dan ditekan dengan perundangan yang tidak membantu pekerja dan SC bersedia membantu MTUC.
Perbincangan kali ini amat menarik sekali kerana peserta yang hadir tidak berhenti bertanyakan soalan dan memberikan pendapat bersama pemudahcara yang ada.
Program diteruskan dengan pembentangan dari Sdra Zul Thye dan dibantu oleh Sdra Rudy. Penerangan berkenaan fungsi MTUC dalam membantu semua pekerja diterangkan termasuklah beberapa perkara di dalam Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959, yang melindungi pekerja migran. Faedah berkenaan PERKESO dan Gaji Minimum juga turut dibentangkan. Keseluruhannya program ini mendapat sambutan dan mereka berharap ianya dapat diteruskan untuk rakan rakan mereka yang lain.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com