Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM), yang diwakili oleh Sdra J. Solomon-Setiausaha Agung, Sdra K Soma- Penolong Setiausaha Pendidikan MTUC, Sdra Rudy, Ahli Majlis Am MTUC, Setiausaha Agung CEUPM dan Sdra Zul Thye, Penyelaras MTUC MRC hadir bersama dengan ahli-ahli Kesatuan NUTP yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdra Harry Tan Hock Huat, PJK- dan pegawai-pegawai lain dalam mengemukakan memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Hj Adly Bin Zahari di kediamannya di Bukit Peringgit, Melaka hari ini .
Sebanyak 112 kakitangan sekolah (Gred N19) di Melaka dan selebihnya seramai 300 kakitangan di Kedah, dikenali sebagai kumpulan perintis atau PR Rintis terjejas akibat penamatan kontrak yang berkuatkuasa pada 30 Jun 2018 yang lalu.
Oleh itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) telah berusaha untuk membantu mereka dan berharap Kerajaan akan memberi pertimbangan khusus dan perhatian yang sewajarnya agar kontrak dapat diteruskan dan dapat diserap ke dalam status pekerjaan tetap.
MTUC menyokong sepenuhnya usaha yang dibuat oleh Setiausaha Agung NUTP Sdra Harry Tan untuk memohon pertimbangan dari pihak Kerajaan.
Melaka adalah negeri pertama yang menjalankan program perintis dan diikuti oleh Kedah yang melihat keberkesanan program ini dalam membantu mengurangkan beban guru.
NUTP telah berjaya mengemukakan memorandum kepada Ketua Menteri hari ini dan berharap bahawa kerajaan baru komited untuk memastikan guru dapat memberi perhatian penuh untuk mengajar pelajar seperti yang dinyatakan dalam Buku Pakatan Harapan dengan mengkaji semula kontrak terma dan syarat agar dapat diserapkan kepada pekerja tetap .
MTUC juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka YAB Tuan Hj Adly Bin Zahari yang sudi tampil ke hadapan secara peribadi untuk menerima Memorandum dari Setiausaha Agung NUTP Sdra Harry Tan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com