Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
22-3-19,Wisma Perkeso Kuantan,Pahang
Siri Jelajah Program Penerangan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia yang ketiga telah berjaya dijalankan di Wisma Perkeso,Kuantan, Pahang.
Program ini adalah kolaborasi di antara MTUC,Kementerian Sumber Manusia, ILO dan juga dibiayai oleh Solidarity Center. Bagi program di Kuantan ini, kami amat bersyukur dan ber terima kasih kepada Pengarah Wisma Perkeso,Tuan Haji Abu Hurairah kerana membenarkan kami menggunakan dewan dan juga menyediakan makan/minum secara percuma.
Di antara wakil jemputan dan juga panelis pada program kali ini ialah Tuan Mansor Ibrahim, Konsultan Kanan MEF Kuantan, Puan Mariam Bte Mohd Nor,Bahagian Dasar,Kementerian Sumber Manusia dan Sdra K Soma,Penolong Setiausaha Pedidikan MTUC sebagai panelis ketiga. Moderator dalam perbincangan panelis adalah Sdra Bosco,Setiausaha MTUC Bahagian Johor.
Di antara yang turut hadir ialah Sdra Effendy, Setiausaha Kewangan MTUC yang mewakili Presiden dan Setiausaha Agung yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Sdra Raghwan dari ILO dan hampir 30 ahli kesatuan gabungan dari pelbagai sektor. Program ini berjaya dijalankan dengan baik, hasil dari kerjasama jawatankuasa kerja iaitu Sdra Rudy,Sdra Fitri,Sdra Zul Thye dan Sdra Azli.
Program dimulakan dengan ucapan kata kata aluan Pengerusi Majlis yang disempurnakan oleh Sdra Zul Thye, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Solidarity MTUC. Seterusnya bacaan doa telah disampaikan oleh Sdra Azli dan diikuti dengan persembahan montaj sepanjang perjalanan proses Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia.
Sdra Effendy, Setiausaha Kewangan memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin. Menurut beliau, ini adalah jelajah yang ketiga telah dijalankan dan tujuan jelajah ini diadakan adalah semata mata memastikan bahawa semua ahli kesatuan dan juga masyarakat umum dapat memahami apakah pindaan yang telah dibuat demi faedah pekerja semua. Semoga penerangan ini dapat memberikan kesedaran dan pemahaman yang jelas kepada semua. Sdra Effendy berharap semua peserta yang hadir pada program ini dapat turut serta memberikan pandangan dan cadangan masing masing demi memperkuatkan lagi perubahan yang bakal berlaku di dalam Akta Perhubungan Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Beliau juga menerangkan serba sedikit tentang C87 yang kita perjuangkan agar Kerajaan dapat meraktifikasikan konvensyen tersebut dengan mengambil serius pandangan kesatuan sekerja dalam isu multiplicity.
Sdra Raghwan pula dalam ucapannya berkata yang ILO memang berbesar hati dan sentiasa akan memberikan kerjasama dalam memastikan proses pindaan akta akta perburuhan ini berjalan lancar bukan sahaja bagi pihak kesatuan sekerja malah bagi pihak kerajaan. Beliau mengingatkan kepada semua hadirin yang hadie terutamanya kepada semua ahli kesatuan sekerja agar hilangkan perasaan takut yang menyelubungi perasaan masing masing. Sudah tiba masanya untuk semua kesatuan bersatu dan memastikan agenda perubahan atau pembaharuan akta akta perburuhan ini dapat difahami dan dilakukan dengan jayanya.
Program diteruskan dengan perbincangan antara panelis jemputan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com