Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
14-9-2019, Kuching-Sarawak
Bengkel Kepimpinan Wanita dan Rundingan Meja Bulat CBA
MTUC dengan kerjasama Solidarity Center telah menganjurkan bengkel sehari berkenaan Kepimpinan Wanita dan Rindungan Meja Bulat CBA hari ini di Kuching Sarawak. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Sdra Rudy dan Sdra Zul Thye dari MTUC Pusat. Ianya turut dijayakan dengan pemudahcara bengkel dari MTUC Sarawak iaitu Sdra Andrew Lo dan Sdri Hajah Hadiah Leen. Sdra Wilibordus Balawala dari Solidarity Center turut hadir di dalam bengkel tersebut.
Seramai 26 peserta wanita dari pelbagai sektor di dalam kesatuan masing-masing telah hadir untuk sama-sama menambahkan ilmu pegetahuan di dalam pengurusan kesatuan sekerja.
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu ahli kesatuan sekerja golongan wanita untuk memimpin kesatuan sekerja dengan lebih efektif dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam tadbir urus kesatuan. Di samping itu juga, suatu perbincangan meja bulat di kalangan peserta telah diadakan untuk membincang dan menyediakan usul-usul yang membantu golongan wanita dalam jaminan faedah dan kerja mereka di dalam Perjanjian Bersama.
Sdra Rudy telah membentangkan beberapa statistik berkenaan penglibatan wanita di dalam kesatuan sekerja di Malaysia. Perbincangan dan kerja kumpulan juga telah diadakan untuk mengetahui lebih lanjut apakah permasalahan yang melibatkan pekerja wanita di tempat kerja yang perlu diperbaiki.
Manakala, Sdri Hajah Hadiah Leen telah memberikan pembentangan berkenaan peranan wanita di dalam kesatuan sekerja. Perkara berkenaan Konvensyen ILO C183 – turut diterangkan dan berharap Kerajaan akan meraktifikasikan konvensyen tersebut demi memartabatkan kaum wanita di Malaysia.
Di akhir sesi perbincangan, Sdra Andrew Lo, telah mengambil peluang yang ada untuk menerangkan kepada semua peserta tentang cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh wanita dan juga berkenaan cadangan yang dikemukakan di dalam menyediakan Perjanjian Bersama yang berkesan. Sdra Andrew Lo, selaku Setiausaha MTUC Sarawak amat berpuas hati dan gembira dengan bengkel yang telah dijalankan ini. Beliau berharap, pihak MTUC Pusat dapat menganjurkan lagi kursus-kursus yang dapat membina pembangunan kapasiti kesatuan sekerja di Sarawak.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com