Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Mesyuarat di antara wakil ILO Bangkok, Puan Rakawin Leechanavanichpan dan Encik Markus Ruck, Pakar Perlindungan Sosial ILO dan MTUC yang diwakili oleh Sdra J Solomon-Setiausaha Agung MTUC, Sdra Sivanathan-Ahli Majlis Am, Sdra K Soma-Penolong Setiausaha Pendidikan dan Sdra Zul Thye-Penyalaras MTUC MRC telah diadakan pada petang tadi di Wisma MTUC.
Topik perbincangan adalah berkenaan perkongsian maklumat perlaksanaan Skim Insuran Pekerjaan di Malaysia.
Encik Markus telah berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau berkenaan bidang Perlindungan Sosial di negara-negara lain.
Sdra Soma juga telah membentangkan sejarah dan maklumat Perlindungan Sosial di Malaysia.
Sdra Solomon telah menekankan kepentingan perbincangan tripartite dan bantuan ILO untuk perubahaan undang-undang buruh yang bakal dilakukan oleh kerajaan dalam masa terdekat.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com