Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Polis tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan dalam kes itu.
GEORGE TOWN: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kematian seorang pembantu rumah di kediaman mereka di Jelutong, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 12.45 pagi itu, wanita Indonesia berusia 38 tahun itu dikatakan terjatuh dari tangga dan mati kira-kira 10 jam kemudian di katilnya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan itu mendakwa pembantu rumah mereka ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tangga.
Katanya, mereka kemudiannya membawa mangsa ke biliknya, sebelum mendapati beliau mati pada jam 11.50 pagi hari sama.
“Ambulans dan anggota perubatan yang tiba di tempat kejadian mengisytiharkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat trauma hentakan tumpul di bahagian dada.”
Ditanya jika wujud elemen penderaan, Mior berkata: “Ia sedang disiasat, kami sedang ambil keterangan.”
Katanya, mangsa sudah bekerja dengan pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 48 dan 42 tahun itu sejak 2 tahun lalu.
Pasangan itu direman seminggu sehingga 5 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com